Tuesday, August 24, 2010

Weekend Bulan Ramadhan

Kalau bukan Ramadhan, Ahad adalah hari utk aku bersukan bersama dgn officemates aku, so bulan puasa mcm ni kalu dok lepak kat rumah pon boring gak.Anak2 semua pakat pi sekolah. Aku and the gang merancang utk pergi ke Market Bisik Kuala Muda. Kalau tak salah aku ni kali ke -3 kami kesini, kali ni ada penambahan 2 ahli baru iaitu Faz and Bob. Aku, Lan and Harris adalah aggota tetap utk program berbisik ni. Pagi Ahad tu selepas selesai semua urusan anak2 ke sekolah, aku ada 2 tasks yg perlu diselesaikan. Pertama kena pi hantaq kerea ke workshop untuk major maintenance-kena tukaq segala matleka belting dah...dah cukup haul and hisab..! terlanjur kena tukaq benda2 tu aku buat servise siap2 la coz raya ni nak jalan jauh, kena la prepare awal2 sikit. 930am aku sampai kat workshop then Lan and Faz mai fetch aku kat situ, janji nak jumpa Bob and Harris kat sana terus.
Dari workshop memba aku tu, Toyota Wish color hitam meneruskan perjalanan melalui BKE and PLUS hingga ke Sungai Petani, jumpa Harris kat simpang masuk ke Kuala Muda. Around 1030am kami sampai kat Jetty pendaratan ikan Kuala Muda. Tak berapa ramai sangat orang pagi ni, ini menandakan yang harga ikan pasti mahal, tak ramai nelayan yang turun ke laut pagi ni dosebabkan hujan awal pagi tadi..Keadaan setempat di penuhi dgn peraih2 ikan yang sedia menunggu untuk membeli hasil nelayan Kuala Muda. Faz & Harris - tong ikan Faz..hehehehe, tong hat sama gak yg hang isi bihun masa pi mancing dulu noo...memang multi purpose sungguh...berbaloi2 hang beli tong tu nooo.Bob dgn Jr. diaAzilan pon mai dgn Jr dia jugak. Buas nak mampuih...asyik dok ajak nak naik bot jer...!
Seperti yang dijangkakan, harga ikan dan lain2 tangkapan agak tinggi pagi ni. Sehingga jam 11am kami masih belum dapat membeli apa2 lagi pon, selepas sedikit perbincangan dgn team mates, we decided utk beli jer walaupun dengan harga yg tinggi sedikit, dah mai jauh2 tak kan nak balik tangan kosong kut.Mengatur strategi sebelum berbisik. Selepas mengenal pasti kekuatan dan kekurangan pihak lawan, tanpa menunggu lama-aku terus berbisik.
Aku menjadi yang paling sibuk membisik dikalangan kami berlima. Berselang seli sekali sekala dgn Harris and Faz, finally kami dapat membeli kesemua apa yang kami idamkan - Ikan Siakap, Ikan Kembung, Udang, Ketam dan juga Sotong. Keseluruhan yang kami spend pagi tu menghampiri RM350.00 Petai pon dibuka untuk bisik..heheheheSelepas semua selesai kami meneruskan perjalanan ke rumah Harris untuk pengagihan hasil tuaian kami pagi ni. Rumah Harris dah menjadi destinasi rasmi kami utk pengagihan dlm semua trip kami ke Kuala Muda ni, kebiasaannya ada ler sedikit makanan ringan yang dihidangkan, tapi dah puasa pagi ni so kerja2 pengagihan dapat dilaksankan dengan cepat la. Selepas diangihkan kepada 5 bahagian, undian akan diadakan dikalngan kami berlima untuk bahagian masing-masing, apa yg kami practisekan ni telah menjadi tradisi kami setiap kali kami ke Kuala Muda,setiap seorang akan terima sahaja hasil undian tersebut. Selesai semua, kami meneruskan perjalanan pulang ke Kulim, agak rushing sikit aku hari ni coz kena pi pick up anak2 aku kat sekolah coz Sue pi kerja dan kereta dok kat workshop. Lan offer untuk terus pi pick up anak2 aku kat sekolah, hampir 130pm baru dapat amik anak2 aku. Sampai rumah dah dekat 230pm, terus tanpa menunggu lama aku sibuk di dapur utk menyiang and menyuci semua hasil lautan yang dibeli tadi. Hari ni plan utk tidak ke bazar ramadhan, aku dgn sue akan masak semua juadah berbuka untuk hari ini. Ikan Siakap dan Ketam Mega Saiz yang aku dapat tu akan di bakar, tomyam campuq dan Sue akan membuat kueh kegemaran aku, apa lagi kalau bukan buah melaka.
Petang tu kami sekeluarga berbuka untuk pertama kalinya dalam Ramadhan kali ni dengan juadah yang dimasak sepenuhnya di rumah.Keletihan yang melampau tapi aku puas dgn apa yang aku buat hari ini.

No comments:

Post a Comment