Monday, August 23, 2010

Selamat Berpuasa untuk Semua

Kesibukkan yang agak melampau lately ni membuatkan blog aku agak bersarang, sibuk ditempat kerja, sibuk di rumah, sibuk di taman perumahan dan segala jenis matleka sibuk menggagalkan aku utk mengupdate kat dlm blog walaupun macam2 idea dok mai utk diupdate. Puasa pon dah masuk hari ke-4 dah, kemarin 13 Aug/Jumaat lepas solat Jumaat kami sekeluarga balik ke Jerlun utk berbuka puasa dengan kaum kerabat. Selepas solat jumaat, terus balik ke rumah..Sue amik half day off then terus proceed balik ke kampung. Difahamkan kakak2 dan ank buah ramai juga yang akan balik ke Jerlun utk berbuka bersama2 hari ini. On the way balik singgah Galeri ARIANI kat Simpang Kuala, Sue nak beli tudung utk dia & girl. Peeeerrrggghhh...Expensive nyer, sebelum ni aku tak pernah amik tau harga tudung2 ni, baru aku tau penangan tudung sekarang ni. Ada yang lebih mahal dari Jean Levi's 501.
Terkendon sat aku bila tgk harga tudung2 kat sini, dok ingatkan rate mcm yang kat pasar malam, rupa2nya hat ni lain punya, rega kebanyakkannya adalah 3 digit, patutlah amik artis jadi duta product.Sue sedang membuat matching sambil dibantu oleh salesgirl. Aku kat tepi dok tunggu jer berapa yang nak kena..huhuhuhu Girl dah siap pilih dah.
Pilih lagi Finally dapat gak seorang satu beg.
Dari ARIANI kami meneruskan misi untuk jalan-jalan cari pasar ramadhan- lokasi yang dituju adalah Pasar Ramadhan Simpang Kuala, antara pasar ramadhan yang terbesar di bandaraya Alor Setaq ni. Macam-macam ada kat sini, rambang mata kau melayan nafsu makan yang berbuak2, memandangkan kakak2 aku hat rumah dah pesan jangan beli yang heavt coz main course semua depa dah prepare, so aku beli sikit2 ajerlah. Makanan kat atas ni cuma boleh jumpa kat Pasar Ramadhan Simpang Kola ni jer...tempat lain tak dak lagikkk..Air apa lagi kalau bukan ayaq jagung, anak aku tiap hari nak ayaq jagung jer....sampai naik kuning dah muka masing2.Ni satu lagi makanan yang tak kurang menariknya...udang and ketam goreng tepung. Selesai membeli serba sedikit juadah kat pasar ramadhan, kami meneruskan perjalanan ke Jerlun dengan ditemani oleh hujan renyai2.Sampai kat Jerlun, mak oooiiiii - punya ler lebat hujan, mencurah2 ke bumi sampai nak keluaq dari kereta pon susah. Depa hat sampai awai dulu dari kami main parking ikut dan jer...dalam dok pedo pun tetap jugak lokoih jugak laaa.Seronok betul aku dapat berbuka kat Jerlun, special entertain by kakak2 aku....semua makanan yang disediakan adalah masakan kegemaran aku..Gulai Ayam kampung Home made - murtabak & tepung talamIkan terubuk bakaqIkan Tongkol bakaq - yang ni aku tak suka..!Disatu corner, satu group sedang sibuk menyediakan kueh kegemaran aku - apa lagi kalau bukan Buah MelakaNasi satu periuk besaq - Keliaaa..!Balance selepas berbuka.Terubuk dan temenung sedang di bakar utk santapan berbuka.Top View - hampir 30 orang anak, menantu & cucu Arwah Mak Ndak Piah - tu baru 50% turn up, kalu balik mai semua...huhGirl tak berenggang dgn cousin diaDipenuhi dgn pelbagai jenis makanan....peeehhhhh mewah sungguh no kita org malaysia berbuka.Sempat lagi pose walaupun tengah sibuk menyuap.
Apapun - aku nak mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan selamat berpuasa untuk semua pembaca blog aku. Aku slow sikit utk menupdate blog lately ni sbb terlalu sibuk dgn pelbagai commitment samada ditempat kerja, di rumah, utk masyarakat dan segala2 disekeliling aku, nak tak nak di bulan Ramadhan ni asal free jer kira nak tidur jer...To all, once again Selamat Mejalani Ibadat Puasa, Semoga dianugerahkan kesihatan yang baik utk kita sama2 menambah pahala dan mendapat keberkatan Ramadhan Al-Mubarak. Jejaki aku di Facebook - Zulls Yaacob - untuk update semasa.

No comments:

Post a Comment