Friday, November 12, 2010

Me and My Kids

Segalanya berlaku secara kebetulan, Anak bongsu aku Darwisy Hadiff ataupun senang dipanggil dgn Awisy baru berusia 3 tahun. Anak made in USA ni masa diawal usianya hanya berkepit dgn bibik dia jer.
Seminit selepas dilahirkan.
Seawal usia satu bulan dah dijaga oleh bibik. Boy dan Girl dulu pun pernah dijaga oleh bibik tapi bibik yang lain. Bibik aku yg last sekali ni cukup close dengan Awisy and Girl. 3 tahun tinggal bersama kami sekeluarga. Awisy semenjak berusia 5 bulan dah mula tidur dengan dia.Walaupun secara keseluruhannya Bibik aku ni boleh di kategorikan sederhana saja tapi dalam bab jaga anak2 memang boleh di harap sikit.
Celebrated Bibik Birthday
Selepas kerja 3 tahun dgn aku, dia decided nak sambung lagi, aku bagi la dia balik Indon masa cuti sekolah hujung tahun lepas yang kebetulan serentak dgn sambutan raya Aidil-adha, janji nak balik cuti sebulan jer...aku dgn wife dan buat schedule kerja sepanjang beliau bercuti alih2 macam tunggu buah yang tak gugur, Flight ticket round trip burn mcm tu jer..memang hampeh betui laa..! dan la time tu tinggal kurang dari 10 hari seisi persekolahan baru akan dibuka, ditambah lagi dgn Girl yang baru nak masuk Darjah 1 dan Awisy yang baru berusia 3 tahun.Boy tak dak masalah la sebab dah darjah 5. Kalut kami suami isteri dgn situasi masa tu.Awisy langsung tak mau pi ke Nursery tanpa kakak dia..tentulah bertambah lagi kekusutan kami suami isteri..!Satu option jer yang aku ada iaitu hantar dia ke nursery, samada dia suka ka dak..itu jer lah option yang ada. Tiap2 pagi mesti menangis gila2 punya masa sampai kat nursery, pelbagai ikhtiar dibuat,mana ada doctor atau ubat yang boleh merawat spiece macam ni, so nak tak nak perubatan alternative la yang di pilih, bukan setakat kat area Kulim dan Penang yang aku pi jumpa bomoh utk jampi bagi dia mau pi sekolah dan bagi dia lupa kat bibik dia, nuuu...kakak2 aku yg dok kat Jerlun pon berusaha juga...hahahaha...Finally, selepas hampir sebulan dok serabut...finally dia mau pi sekolah,cuma "kadang-kadang" kalau mood dia tak baik, ada ler merengek sikit, tapi lepas bawa pi kedai ataupun ronda naik motor seround ...lepas tu ok laa.Aku sampai terpaksa beli motor sebijik sebab dia mau pi sekolah dengan motor, tapi sebelum tu kena ronda2 dulu la..Ok lah, apa pun tak pa-asalkan mau pi sekolah jer...nasib baik nursery tu dekat jer dgn rumah aku..Teacher pulak advice suruh dia masuk ke Tadika dan bukannya ke Nursery memandangkan dia macam boring jer kalau dok kat nursery sbb kebanyakkannya baby2 jer...yg 3 tahun and above tak ramai, memandangkan dia dah tak pakai lampin dan agak betah bercakap so transfer ler dia dari nursery ke Kindergarden, dia seorang jer kat tadika tu yang berumur 3 tahun, so dia ditempatkan dalam Class Year 4. Maka dari situ bermulalah kehidupan berjadual Awisy kat Tadika Minda Cerdas.Aku tak letak expectation yang tinggi kat dia,asalkan dia mau pi sekolah jer..Alhamdulilallah-selepas setahun berada di Tadika Minda Cerdas, Kulim Perdana - Kulim Hi-Tech Park,aku impressed dengan perkembangan dia.Masa kat sekolah langsung tak mau minum susu dalam botol susu, sebab malu dgn kawan2 dia..Sound Good bukan..!!!
Dalam usia 3 tahun dia dah boleh recognised A to Z, dah boleh mengeja namanya sendiri dan makin kreatif dan betah untuk berkata-kata. Syabas untuk semua Teacher kat TMC.Cuma yang paling ketara tentang Awisy ni berat badan dia betul2 turun, kalau sebelum kesekolah awal tahun dulu badan beliau agak berisi tapi selepas hampir setahun kesekolah berat badan dia menyusut dan fizikal beliau menjadi semakin meninggi.Paling ketara berat badan dia merosot masa aku tinggalkan dia sebulan masa trip aku kat Europe April lepas.Terkejut aku masa kali pertama aku jumpa dia kat Airport lepas balik dari trip tersebut. Mengecut habis...mungkin rindu kat aku agaknya..!!! Anak bapak..!!!!


Sejujurnya aku amat kagum dgn perkembangan dia, lebih-lebih lagi dia amat close dengan aku, setiap pagi kami akan breakfast bersama sebelum aku hantar dia kesekolah.Jumaat malam baru ni, bertempat di Jasmine Hall, Kulim Golf & Country Resort -tadika tempat Awisy belajar menganjurkan Graduation Concert utk student Year 6. Awisy tak terkecuali dari mengambil bahagian dalam concert Graduation tersebut..Aku betul2 terkejut dgn apa yang dipersembahkan oleh beliau..!
























Menari dan menyanyi dlm pelbagai genre muzik... aku cukup impressed dgn apa yang telah beliau lalui sepanjang tahun ini. Boy dgn Girl pun agak cemerlang dalam peperiksaan hujung tahun baru ni, semua elektif subjects they all score "A" so, untuk kesemua itu, Sabtu baru ni aku bawa ke tiga-tiga beradik hang out memandangkan Sue ada Team Building dgn officemates dia kat Hard Rock Hotel, Penang.
Spend the whole day dgn my kids dgn bersantai di Mc D dan seterusnya pergi tgk movie, cadangnya nak tengok 3D movie-Megamind tapi sebab semua ticket sold out then anak2 semua nak jugak menonton movie. Awek kat kaunter ticket tu cadangkan movie Adele: Rise Of The Mummy- hampeh betul cerita tak sesuai langsung utk kanak2..semua boring jer termasuk la dgn aku sekali..! Kami anak-beranak layan pop corn jer lah sambil sembang2..sekali sekala aku siap berdengkur lagi..!!!





Selesai menonton cerita hampeh tu ronda2 kat Sunway Carnival then terus balik ke rumah. Sampai kat rumah prepare dinner utk they all sebagai penghargaan keatas semua yang mereka 3 beradik lalui sepanjang tahun 2010 ini- Satu Anugerah yang tiada ternilai untuk AKU.!

1 comment:

  1. Walaupun 3 bulan pertama Awisy dihabiskan dgn airmata,he coped very fast!! keep it up!!

    ReplyDelete