Lepas tertangguh beberapa kali, finally keluaq juga cherita perjalanan seorang AKU.
Kedah Die Hard Fan
Mai pulak bab Facebook, ni pun satu hal gak ni...aku ni mmg kategori addicated ler dgn internet ni, masa mula2 kenal dgn blog dulu...boleh kata tiap2 hari nak kena update....pastu jadi macam yang dok ada lani laa..sat2 ada sat2 hilang...dah jadi macam biscuit dah..! Aku terjebak dgn FB ni dalam bulan April baru ni jer, tu pun sbb my officemate aku yang introduce...sebelum tu aku agak kurang berminat nak ada account pon sbb aku tau once aku ada account jer mesti addicated punya..! Sebab masa tu nak travel ke Europe dan bagi memudahkan access dgn family dan kawan2 kat sini so aku created le satu account..so, expected ler...siang malam asyik FB ler..!!! Mengalahkan budak2 sekolah pulak..!!! Tapi ok gak ler FB ni, satu networking yang baik..seorang officemate aku dapat buat thousand buck profit every month hanya dgn buat sale tudung and busana muslim kat dlm FB dia..! tu antara kebaikan yg aku nampak...yang keburukan pun tak payah cakap lah....semua orang sedia maklum..!!! Lawak pun ada gak dgn FB ni, ada gak case yang dimana kawan baik kita sekarang turut pernah mengasihi wanita sama yang pernah kita kasihi suatu ketika dulu....lawak bukan..! Semua tu mengundang pelbagai persepsi, terserah dari sudut mana anda melihat..! Pada aku, dalam segala hal eloklah bersederhana...jangan terlalu extreme..!
Aku terpanggil untuk balik ke Jerlun petang semalam selepas solat jumaat setelah mendapat tahu banjir di daerah aku semakin buruk. Rasa tak syok pulak kalu tak dapat membantu sekadar yang mampu. Selepas solat kami terus pulang ke Jerlun, awalnya janji dgn best friend aku utk dinner malam tu kat kedai makan kesukaan kami iaitu Nasi Royale Hijau Kuning, end up terpaksa cancel sebab banyak jalan tutup utk ke kampung aku disebabkan banjir. Kebiasaannya dari Alor Setar ke Jerlun cuma mengambil masa half an hour tapi perjalanan ptg semalam mengambil masa 2 jam lebih, terpaksa detour ikut jalan2 kampung..walaupun agak kekalutan tapi aku enjoy habis disepanjang perjalanan...melewati kampung2 tradisi Kedah, dikelilingi oleh sawah2 padi yang sedang menghijau dan melaut dek penangan banjir, membuat aku betul2 teruja...orang2 kampung pun cukup sporting bila membantu menjadi penunjuk arah dan menjaga simpang2 jalan untuk membantu kelancaran trafik.Walaupun mereka semua dalam kesusahan tapi sifat tolong menolong cukup menginsafkan aku..! Team NGO WargaKilang aku juga turun ke Alor Setar utk memberi bantuan kepada magsa banjir, setakat hari ni dah hampir 40 ribu mangsa banjir di Kedah terpaksa dipindahkan. Salah seorang dari mereka adalah kakak aku sendiri, mereka satu keluarga balik ke Jerlun memandangkan Jerlun masih lagi terkawal cuma access utk keluar-masuk jer agak susah. Awal pagi semalam around 130am, kami dikejutkan oleh jiran2 disebabkan paras air sungai depan rumah naik memdadak..kata mereka air laut pasang besaq...walaupun setitik hujan pun tak turun dari langit tapi air di darat kian menaik, tidak pernah berlaku fenomena begini di kawasan kampung aku seumur hidup aku..satu pengalaman baru untuk kami sekeluarga. Dalam keadaan bencana begini pelbagai masalah sampingan timbul, harga ikan di market naik berganda, ada tempat2 yang serious bekalan air dan eletric terpaksa dipotong untuk mengelakkan sebarang kecelakaan. Keadaan orang sekeliling menjadi kalut sebab fenomena sebegini tak pernah dan jarang berlaku di kawasan mereka. Aku memilih untuk bersama mereka buat masa ini untuk membantu sekadar yang mampu. Buat kawan2 diluar sana, jika ada kemampuan...hulurlah sekadar yang mampu...hakikatnya bukan semua di kalangan mangsa banjir itu orang susah tapi bencana sebegini telah merencatkan segala routine hidup mereka, bagi mereka yang mendekati mangsa banjir ini pasti dapat merasa kesengsaraan, sewajarnya jika ada masa dan keupayaan datanglah menjengok untuk menghulurkan bantuan sekadar yang mampu.
No comments:
Post a Comment