Seawal usia satu bulan dah dijaga oleh bibik. Boy dan Girl dulu pun pernah dijaga oleh bibik tapi bibik yang lain. Bibik aku yg last sekali ni cukup close dengan Awisy and Girl. 3 tahun tinggal bersama kami sekeluarga. Awisy semenjak berusia 5 bulan dah mula tidur dengan dia.Walaupun secara keseluruhannya Bibik aku ni boleh di kategorikan sederhana saja tapi dalam bab jaga anak2 memang boleh di harap sikit.
Selepas kerja 3 tahun dgn aku, dia decided nak sambung lagi, aku bagi la dia balik Indon masa cuti sekolah hujung tahun lepas yang kebetulan serentak dgn sambutan raya Aidil-adha, janji nak balik cuti sebulan jer...aku dgn wife dan buat schedule kerja sepanjang beliau bercuti alih2 macam tunggu buah yang tak gugur, Flight ticket round trip burn mcm tu jer..memang hampeh betui laa..! dan la time tu tinggal kurang dari 10 hari seisi persekolahan baru akan dibuka, ditambah lagi dgn Girl yang baru nak masuk Darjah 1 dan Awisy yang baru berusia 3 tahun.Boy tak dak masalah la sebab dah darjah 5. Kalut kami suami isteri dgn situasi masa tu.Awisy langsung tak mau pi ke Nursery tanpa kakak dia..tentulah bertambah lagi kekusutan kami suami isteri..!Satu option jer yang aku ada iaitu hantar dia ke nursery, samada dia suka ka dak..itu jer lah option yang ada. Tiap2 pagi mesti menangis gila2 punya masa sampai kat nursery, pelbagai ikhtiar dibuat,mana ada doctor atau ubat yang boleh merawat spiece macam ni, so nak tak nak perubatan alternative la yang di pilih, bukan setakat kat area Kulim dan Penang yang aku pi jumpa bomoh utk jampi bagi dia mau pi sekolah dan bagi dia lupa kat bibik dia, nuuu...kakak2 aku yg dok kat Jerlun pon berusaha juga...hahahaha...Finally, selepas hampir sebulan dok serabut...finally dia mau pi sekolah,cuma "kadang-kadang" kalau mood dia tak baik, ada ler merengek sikit, tapi lepas bawa pi kedai ataupun ronda naik motor seround ...lepas tu ok laa.Aku sampai terpaksa beli motor sebijik sebab dia mau pi sekolah dengan motor, tapi sebelum tu kena ronda2 dulu la..Ok lah, apa pun tak pa-asalkan mau pi sekolah jer...nasib baik nursery tu dekat jer dgn rumah aku..Teacher pulak advice suruh dia masuk ke Tadika dan bukannya ke Nursery memandangkan dia macam boring jer kalau dok kat nursery sbb kebanyakkannya baby2 jer...yg 3 tahun and above tak ramai, memandangkan dia dah tak pakai lampin dan agak betah bercakap so transfer ler dia dari nursery ke Kindergarden, dia seorang jer kat tadika tu yang berumur 3 tahun, so dia ditempatkan dalam Class Year 4. Maka dari situ bermulalah kehidupan berjadual Awisy kat Tadika Minda Cerdas.Aku tak letak expectation yang tinggi kat dia,asalkan dia mau pi sekolah jer..Alhamdulilallah-selepas setahun berada di Tadika Minda Cerdas, Kulim Perdana - Kulim Hi-Tech Park,aku impressed dengan perkembangan dia.Masa kat sekolah langsung tak mau minum susu dalam botol susu, sebab malu dgn kawan2 dia..Sound Good bukan..!!!


























Selesai menonton cerita hampeh tu ronda2 kat Sunway Carnival then terus balik ke rumah. Sampai kat rumah prepare dinner utk they all sebagai penghargaan keatas semua yang mereka 3 beradik lalui sepanjang tahun 2010 ini- Satu Anugerah yang tiada ternilai untuk AKU.!
Walaupun 3 bulan pertama Awisy dihabiskan dgn airmata,he coped very fast!! keep it up!!
ReplyDelete