Thursday, November 18, 2010

Aku, Raya & Jerlun

Kawan-kawan aku selalu tanya, apa yang best sangat dengan Jerlun tu...hang ni sikit2 Jerlun, sikit2 Jerlun...dalam sehari kalau aku tak dengaq hang sebut Jerlun memang tak sah..!!! Huhuhu..tu statement biasa yang selalu kawan-kawan aku dok kata kat aku..! Apa istimewanya Jerlun kat aku...? Memang banyak yang istimewanya...!! Tempat aku dibesarkan,tempat pertama kalinya aku menjejak kaki ke alam persekolahan - Tadika KEMAS Jerlun dan di ikuti dengan Sekolah Kebangsaan Jerlun. Tempat jatuh bangunnya aku suatu ketika dulu. Arwah mak aku juga bersemadi di sini. Walaupun di kampung sekarang cuma tinggal rumah pusaka yang dihuni oleh kakak sulung dan adik bongsu aku tapi Jerlun kekal melekat dalam jiwa aku walaupun dimana sahaja aku berada. Bumi Amerika dah aku takluki, Eropah juga telah aku jejaki tapi Jerlun tetap sentiasa dihati. Aidil adha baru ni, giliran utk beraya dikampung aku memandangkan Aidil Fitri sebelumnya dah pulang beraya di Pahang. Sehari sebelum raya, aku masih berkerja-cadangnya nak balik awal tapi macam2 issue kat tempat kerja yang memerlukan perhatian aku...hampeeh betul...dekat2 jam 5pm juga la baru boleh balik,sampai rumah- kids and wife dah siap sedia utk balik kampung.Tanpa membuang masa kami gerak meninggalkan Kulim Hi-Tech utk ke Jerlun bagi merayakan Aidil Adha yang akan disambung keesokkan harinya, hujan lebat sungguh petang tu-drive slow2 utk ke Jerlun dan sebelum sampai Jerlun singgah dinner kat kedai panel aku,mana lagi kalau bukan Nasi Royale, the best local nasi kandaq in town.
 Sotong, Udang, Daging and Ayam.
Selesai dinner lajak pi rumah kak aku kat Tmn. Seri Gunung,ramai suku-sakat aku dok tunggu kat sana,lepak sat kat rumah kak aku sambil gossip2 sikit then terus gerak balik Jerlun. Dah hampir sepuluh tahun aku tak naik bahagian atas rumah pusaka kat Jerlun, tapi mlm tu-aku dapat layanan istimewa dari kakak2 aku kat kampung, family aku dapat bilik VVIP kat tingkat atas...kalau tak time2 raya macam ni...kompom dah tiduq beralaskan TOTO kat depan ruang tamu jer, maklumlah bila semua pakat balik kampung, dengan ipar duai, nieces and nephews...mau dekat 30 orang dalam rumah pusaka tu...Tiduq main ikut dan jerlah...biasanya kami yang lelaki2 ni..kat depan TV ataupun kat ruang tamu dah kira cukup ok dah dari kena tiduq kat dapur..!!! hehehe..Apapun kali ni, turn aku dapat beralaskan tilam yang empuk..! Terima kasih utk semua..!
Pagi raya- selepas jer bersarapan ketupat daun palas dengan rendang daging, kami terus ke Masjid Kampung Jerlun untuk menunaikan solat sunat Aidil-adha.
Selesai solat sekali ke rumah Kak aku kat Seri Gunung untuk menyelesaikan ibadat Qurban, kami adik beradik berkongsi untuk mengorbankan seekor lembu.
Setengah jam jer diperlukan untuk melapah sekoq lembu...Technology banyak memudahkan kehidupan kita kan..!

 Menuggu giliran untuk dikorbankan.
Semua adik beradik yang terlibat berkumpul kat pusat penyembelihan dan dari sana terus kami berkumpul di rumah kakak aku seorang lagi untuk kerja2 pengagihan daging korban dan memasak sedikit untuk jamuan utk orang kampung dan saudara mara..Semua adik beradik dan dibantu dengan orang-orang kampung kak aku bergotong royong untuk menyiapkan masakan, by 3pm baru siap semua menu untuk santapan..
Daging Goreng
Tradisional grill, guna sabut nyok-Asap berkelun satu kampung...tapi rasa memang Superb la..totally difference dari kat Victoria Station laa.
Sup Daging, Tulang and Internal Organ.


Daging bakar ni yang membuatkan aku tak mampu untuk berkata tidak..! cicah bersama dengan ayaq asam...pehhhh...malas mau cakap da...!!! memang SUPERB..!
Cuaca pulak On-Off hujan dan panas sejak dari pagi...betul2 mengundang keletihan yang maksimum...! 8pm bertolak balik semula ke Jerlun untuk berehat dan bermalam disana untuk malam ke-2.
Raya ke-2 : Masih ramai lagi kat Jerlun, pagi tu breakfast dgn home made bihun goreng, nasi goreng & ketupat. Tengahari pulak kerumah uncle aku utk menghadiri kenduri qorban kat rumah dia dan disusuli dgn rumah kakak aku yang ke-2 pulak, dia pon buat korban jugak…huhuhu – dah berkilo2 dah daging lembu masuk kat dalam perut aku…Kepala pening jer dgn penangan daging…BP and Colesterol level aku mesti naik punyalah…!!! Selesai menjamu selera kat rumah kak aku tu, proceed ke Jitra Mall untuk melihat Kiosk Twist Potato adik aku kat sana, baru 2 minggu dia buka kiosk kat situ, dapat sambutan yang cukup menggalakkan juga dari warga Jitra.

Dapat ler makan free seorang secucuk, dari Jitra kami ke Tesco Alor Setaq utk dapatkan serba sedikit stock utk kat Jerlun, dah balik lama kena ler sumbangkan serba sedikit yer tak…tak kan nak melantak jer kut..!
Buas macam Tengalong...! dok dalm cart ni diam2..!!! 
Girl nak beli hadiah utk cousin dia yang nak celebrate birthday keesokkan harinya kat Jerlun. Around 9pm baru sampai balik ke Jerlun..Tight sungguh schedule aku sepanjang kat Jerlun ni.
Raya ke-3 : Selesai breakfast aku ke pasar sehari Kuala Jerlun untuk ronda2. Pekat NAT setiap hari Jumaat ni cukup syok kerana lokasinya berdekatan dengan pengkalan pendaratan ikan nelayan2 Kuala Jerlun, aku tak akan lepaskan peluang untuk ke situ kalau berkesempatan.
Cool..

Sempat lagi beli mercun POP....raya ke-3 Aidiladha pun depa dok juai lagi...Awisy memang pantang tengok ler dgn spices bunga api/mercun ni...!

Balik dari Pekan sehari ada task yang perlu diselesai, “Ops Tumbang” – sebatang pokok mempelam tua kat depan rumah perlu ditebang memandangkan dah agak uzur dan menganggu laluan kereta kalau semua pakat balik kampung, pulak tu pokok tua tu buah dia pon dah tak banyak dah, seingat aku dari aku kecil lagi pokok pelam tu dah ada kat situ..Sepagi jugalah baru selesai Ops Tumbang tu, kerengga punya ler banyak..dah tak terkira berapa ekoq yang gigit aku…!! Gatai habis satu badan..!
Dara pingitan berposing untuk FB masing2...huhuhuhu


Sempat lagi cicah pelam muda dengan "garam belacan"- paste istimewa yang kak aku buat sendiri...memang superb ...kombinasi pedas + masam.



Tengahari hari tu Lunch dgn Superb menu, kakak2 aku punya penangan…! memang betul buat aku melekat kat meja makan dekat sejam…huhuhu, dah tak terkira dah berapa kilo daging yang masuk kedalam perut aku sepanjang kau kat kampung kali ni..Sabar ajerlah..!!!!


Marinate.

Petang tu celebrate Birthday my Nieces kat Jerlun, dah berkumpul ramai2 ni depa combine la birthday party tu, jimat ler sikit tapi my daughter spices yang nak kena bagi hadiah kalau sapa2 celebrate birthday, so banyak jugalah kena spend utk hadiah2 kat cousin dia tu..Tak cover langsung dengan duit raya yang dia collect..!!!




Raya ke-4: Lepas lunch bertolak balik ke Kulim Hi-Tech semula sebab malamnya aku ada Dinner dengan Menteri Besar Kedah dan Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi kat Sungai Petani Inn untuk program PAS anjuran Pas Kedah.
Dah nak masuk Muharam dah tapi blog aku masih dok update Zulkaedah punya activity, Busy sungguh aku lately ni.. banyak benda yang nak diupdate tapi kekangan masa mengagalkan aku utk berbuat demikian. Time management aku lately ni hancussss..! perlu penambahbaikan…dan aku perlu rehat,cuti dan vacation utk mengatur semula kehidupan aku. Banyak benda dan perkara yang perlu di beri perhatian..tak sampai sebulan lagi dah nak menjengah ke tahun baru..tapi AKU masih lagi macam tu gak.


No comments:

Post a Comment