Thursday, November 4, 2010

Aku, Dia dan Sesuatu

Lepas tertangguh beberapa kali, finally keluaq juga cherita perjalanan seorang AKU.
Kedah Die Hard Fan

Jogging dgn family setiap pagi sabtu- requested by anak2,walaupun malas terpaksa la join gak..huhuhuhuAktiviti weekend dgn anak2: Jalan-Jalan Cari MakanJengok orang kampung masa banjir besaq kat Kedah baru2 ni.
Bersarang dah blog aku, lama benar tak update..mohon maaf ler yer kepada 2,3 kerat peminat aku yang masih lagi sudi menjengok blog aku walaupun tak dak update terbaru dari aku. Sejak dari Syawal baru ni lagi, kesibukkan aku mengalahkan prime minister. Balik dari bercuti raya baru ni, portfolio kerja aku ditukar sekali lagi-suka sungguh aku dgn portfolio sekali ni tapi betul2 menuntut sepenuh tumpuan, comittment dan focus. Manusia spices macam aku ni bolehkah nak handle semua tu..? Alah bisa tegal biasa kan..! itu kata pujangga tapi realitinya hanya Allah SWT jer yang tahu..!! Kesibukkan dalam mencari rezeki bukan alasan untuk aku mengurangkan aktiviti-aktiviti lain. Menjadi leader kepada community tempat dimana aku bermukim ni turut menyumbang kepada kesibukan aku yang melampau. Pelbagai issues dan program yang perlu ditangani, nasib baik lah dapat sepenuh commitment dari AJK2 aku yang lain. Nak jengok balik kampung pon tak berkesempatan lagi..!!! Dalam dok kalut dgn AR's tempat kerja, persatuan penduduk tapi masih gak sempat turun stadium masa team Kedah tengah dok bergelut dlm Piala Malaysia baru2 ni...huhuhuhu....anak2 ngan mem besaq pun ada gak ler bersuara, tapi macam tu gak ler dok ada..!!! Sabar ajer lah yer....!!!!
Mai pulak bab Facebook, ni pun satu hal gak ni...aku ni mmg kategori addicated ler dgn internet ni, masa mula2 kenal dgn blog dulu...boleh kata tiap2 hari nak kena update....pastu jadi macam yang dok ada lani laa..sat2 ada sat2 hilang...dah jadi macam biscuit dah..! Aku terjebak dgn FB ni dalam bulan April baru ni jer, tu pun sbb my officemate aku yang introduce...sebelum tu aku agak kurang berminat nak ada account pon sbb aku tau once aku ada account jer mesti addicated punya..! Sebab masa tu nak travel ke Europe dan bagi memudahkan access dgn family dan kawan2 kat sini so aku created le satu account..so, expected ler...siang malam asyik FB ler..!!! Mengalahkan budak2 sekolah pulak..!!! Tapi ok gak ler FB ni, satu networking yang baik..seorang officemate aku dapat buat thousand buck profit every month hanya dgn buat sale tudung and busana muslim kat dlm FB dia..! tu antara kebaikan yg aku nampak...yang keburukan pun tak payah cakap lah....semua orang sedia maklum..!!! Lawak pun ada gak dgn FB ni, ada gak case yang dimana kawan baik kita sekarang turut pernah mengasihi wanita sama yang pernah kita kasihi suatu ketika dulu....lawak bukan..! Semua tu mengundang pelbagai persepsi, terserah dari sudut mana anda melihat..! Pada aku, dalam segala hal eloklah bersederhana...jangan terlalu extreme..!

Aku terpanggil untuk balik ke Jerlun petang semalam selepas solat jumaat setelah mendapat tahu banjir di daerah aku semakin buruk. Rasa tak syok pulak kalu tak dapat membantu sekadar yang mampu. Selepas solat kami terus pulang ke Jerlun, awalnya janji dgn best friend aku utk dinner malam tu kat kedai makan kesukaan kami iaitu Nasi Royale Hijau Kuning, end up terpaksa cancel sebab banyak jalan tutup utk ke kampung aku disebabkan banjir. Kebiasaannya dari Alor Setar ke Jerlun cuma mengambil masa half an hour tapi perjalanan ptg semalam mengambil masa 2 jam lebih, terpaksa detour ikut jalan2 kampung..walaupun agak kekalutan tapi aku enjoy habis disepanjang perjalanan...melewati kampung2 tradisi Kedah, dikelilingi oleh sawah2 padi yang sedang menghijau dan melaut dek penangan banjir, membuat aku betul2 teruja...orang2 kampung pun cukup sporting bila membantu menjadi penunjuk arah dan menjaga simpang2 jalan untuk membantu kelancaran trafik.Walaupun mereka semua dalam kesusahan tapi sifat tolong menolong cukup menginsafkan aku..! Team NGO WargaKilang aku juga turun ke Alor Setar utk memberi bantuan kepada magsa banjir, setakat hari ni dah hampir 40 ribu mangsa banjir di Kedah terpaksa dipindahkan. Salah seorang dari mereka adalah kakak aku sendiri, mereka satu keluarga balik ke Jerlun memandangkan Jerlun masih lagi terkawal cuma access utk keluar-masuk jer agak susah. Awal pagi semalam around 130am, kami dikejutkan oleh jiran2 disebabkan paras air sungai depan rumah naik memdadak..kata mereka air laut pasang besaq...walaupun setitik hujan pun tak turun dari langit tapi air di darat kian menaik, tidak pernah berlaku fenomena begini di kawasan kampung aku seumur hidup aku..satu pengalaman baru untuk kami sekeluarga. Dalam keadaan bencana begini pelbagai masalah sampingan timbul, harga ikan di market naik berganda, ada tempat2 yang serious bekalan air dan eletric terpaksa dipotong untuk mengelakkan sebarang kecelakaan. Keadaan orang sekeliling menjadi kalut sebab fenomena sebegini tak pernah dan jarang berlaku di kawasan mereka. Aku memilih untuk bersama mereka buat masa ini untuk membantu sekadar yang mampu. Buat kawan2 diluar sana, jika ada kemampuan...hulurlah sekadar yang mampu...hakikatnya bukan semua di kalangan mangsa banjir itu orang susah tapi bencana sebegini telah merencatkan segala routine hidup mereka, bagi mereka yang mendekati mangsa banjir ini pasti dapat merasa kesengsaraan, sewajarnya jika ada masa dan keupayaan datanglah menjengok untuk menghulurkan bantuan sekadar yang mampu.


Tuesday, September 21, 2010

Ceritera Raya - Part 5 : Jalan-Jalan Perabih Duit Raya Anak-Anak


Family vacation sempena Eid Mubarak...Kalau kami balik Pahang jer kebiasaanya mesti lajak pi bercuti kat mana2, utk cuti raya kali ni... 3 day 2 night kat MELAKA...Check In kat Equatorial Hotel and explore A FAMOSA RESORT utk Theme Park dia....Worth it la dgn admission fees yang dikenakan..Anak2 enjoy habis, mama dia pulak tak habis2 dgn Asam Pedas Melaka, Dad macam biasa ler.... sat2 OK sat dah...huhuhuhuhu.Anyway ni part last utk Syawal kali ni.

Ceritera Raya - Part 4 : Kuantan

Raya ke-3, kami akan ikut my family in laws untuk beraya kat rumah cikgu dan keluarga angkat adik ipar aku. Lokasinya beraya hari ni adalah Felda Chini...jauh tu der dari Jengka 20. Pagi tu selepas selesai breakfast kami bergerak dgn 2 biji MPV. Penuh sesak kedua2 biji coz sebiji kereta lagi tak boleh ikut..huhuhuhu. Rumah pertama yang kami pi adalah rumah cikgu adik ipar aku, nama tempat tu aku dah tak boleh ingat tapi memang jauh laa, jalan pulak jangan cakap ler...berbelit-belit sepanjang jalan...tapi yg bestnya sebab tak panas sebab semua jalan2 yang dilalui adalah dikelilingi oleh hutan hujan tropika. Redup, nyaman dan damai sepanjang laluan cuma mood aku jer yang tak elok pagi tu..Sebabnya tak payah aku nyatakan disinilah. Kami dihidangkan dgn kueh mueh dan lemang, dari rumah pertama drive lagi dalam sejam setengah untuk ke rumah ke 2 yang terletak di Felda Chini. Rumah family angkat adik ipar aku..seorang Wak Jawa dari Sabak Bernam, Selangor-menjadi peneroka 30 tahun lepas..memegang jawatan Ketua Cawangan Pas Felda Chini...2 kali menang anugerah penternak Jaya Pahang dan sekali dianugerahkan penternak Jaya peringkat Negara..ada memelihara 1000 ekor lebih lembu, ada 90 ekar ladang kelapa sawit..Pendik kata Wak ni memang sempoi ler..walaupun dah kaya raya tapi memang humble, down to earth...2 orang anak beliau lulusan Al-Azhar dan sekarang ni sepenuh masa menjadi pendakwah bebas...Hebat dan memang hebat keluarga ni...Kami disajikan dgn sate daging, seekor lembu di korbankan pada hari raya pertama hanya untuk buat sate jer...pehhh...sekali lagi...memang Hebat Wak ni...panjang lebar aku sembang dengan dia...bukan sebab dia kaya tapi sebab macam mana dia boleh jadi kaya dan humble pulak tu...hopefully one day aku boleh jadi macam dia juga..Insyallah.
Dari rumah Wak kami meneruskan lagi perjalanan ke ibu negeri Pahang iaitu Kuantan, singgah kat masjid negeri utk solat zohor dan proceed ke sebuah shopping complex. Depa ajak main bowling pulak...huhuhu...dalam mood yg tak berapa elok terpaksa jugak aku ikut...end up tak jadi nak main coz semua lane fully booked. Kembali ke kereta dan ke satu lokasi yang agak sempoi...tebing sungai Kuantan yang menjadi tempat santai hujung minggu orang2 Kuantan. Hi-Tea merangkap Dinner kat situ...Mahal dan Tak Sedap....!!! cuma panorama persekitaran yang menarik jer yg buat aku cool. Meluat betul aku dengan spieces peniaga yang suka mengambil kesempatan..! Anak2 aku enjoy betul dgn persekitaran area tersebut, especially Danial la bila blh dok menenggek tengok orang memancing kat situ. Selesai menjamu selera kat situ, aku ingatkan dah nak balik, rupanya belum lagi....ada lagi tempat nak pi ...huhuhuhu

Ceritera Raya - Part 3

11092010
Pagi raya ke-2 dimulakan dengan breakfast kuey teow goreng, balance keoy teow yang tak habis semalam. Lepak kat rumah jer pagi ni, ptg ni jam 3pm Sue ada reunion dgn gang2 high school dia kat KFC Bandar Jengka.Lepak, relak dan makan mee kari untuk lunch hari ni, 230pm bertolak ke Bandar Jengka utk Program Reunion Sue. Aku layan anak2 jerlah coz aku tgk dia orang sibuk bercerita hal-hal mereka, sekali sekala ada ler gak aku join sembang, selebihnya aku layan anak2 aku & keluaq merokok.
Program habis around 5pm terus balik kerumah dan lepak kat rumah jer lah. Malam tu adik ipar aku dari Ipoh balik mai beraya dan bapa saudara Sue satu family mai beraya. Layan sembang dengan they all sekejap..tak berapa boleh nak sembang lama sangat dengan Uncle Sut tu coz dia kenai semua VVIP dan Kerabat diraja ..huhuhuhu. Asyik dok cerita Tengku ni, Tengku tu, Dato' ni, Dato tu dan hal ehwal anak beranak dia yang baru beli kereta ALZA...huhuhuhu...aku keluar layan anak-anak aku main bunga api and mercun sat pastu aku masuk tidur jer lah.