Friday, July 23, 2010

Charity Car Wash

Aku dipilih mengetuai Persatuan Penduduk Kulim Perdana utk seisi 2010-2011, pemilihan dibuat dalam bulan March 2010. Bersama dengan 14 AJK yang kebanyakkan darinya merupakan kawan-kawan baik aku kat taman dan sudah tentulah satu kepala dengan aku so agak mudah untuk aku menerajui team ini. Cabaran amat besar utk aku and team dlm memimpin Persatuan, tahu ajerlah community yang 85% adalah bumiputra ni maka sama saja dimana2 tempat di Malaysia ataupun mana-mana organisasi yang dimonopoli oleh Melayu semestinya tidak lekang dengan pelbagai issues dan conflict..! Alhamdulilallah-team members aku really give more that 100% commitmment kepada aku utk memimpin persatuan. Di awal peralihan tugas, aku out station sebulan ke Europe dan kembalinya aku ke KP, kami start merencanakan pelbagai program dan penyusunan struktur persatuan. Perkara pertama yang kami lakukan adalah menggantikan security company baru setelah pelbagai issues dan complain mengenai company yang lama dan diikuti dengan pembinaan security post yang baru. Disebabkan kekangan kewangan, kami mencari fund sendiri melalui VVIP yang tinggal di KP dan kerja2 pembinaan di mulakan sebaik sahaja duit terkumpul mencecah RM2000. Acap kali aku akan panggil gotong - royong untuk kerja2 pembinaan, weekend dan weekdays pun tak terkecuali, kalau weekday kami akan lakukan pada malam hari.Alhamdulilallah-setelah hampir 2 bulan, post baru tersergam indah di main entrance KP. Kalau di tengok pada binaannya, tertulah paling kurang pun perlu ada RM10,000.00 tapi kami berjaya dirikan dengan kos separuh dari kos sebenar melalui gotong-royong dan some critical area we out source to 3rd party. Kami bawakan Program EON bank bersama pelanggan ke KP untuk residen mendapat khidmat nasihat kewangan dalam bulan Jun lepas disusuli dengan Projek Big Screen untuk final World Cup baru2 ni, siap lepak2 sambil makan soup dgn roti benggali lagi masa final baru2 ni. Dan yang terbaru-kami dalam perancangan utk menganjurkan " Family Day" pada 7 Aug 2010 ni, tapi kami kekurangan budget, untuk itu buat pertama kalinya berlaku di KP-kami menganjurkan CHARITY CAR WASH bagi mendapat fund bagi penganjuran Family Day nanti, planning dalam masa kurang dari 2 minggu maka agak kelam kabut sikit diperingkat awalnya, kami approach student2 Polytechnic & MSI yang menyewa di KP utk turut serta sebagai sukarelawan. Finally hari ini 24 July 2010, program tersebut berjaya dianjurkan dengan jayanya. Support dari residen KP sangat baik sekali. Kesibukkan kami bermula seawal tengah malam sebelumnya, signage/direction telah kami letakkan disetiap laluan dalam KP bagi memberi publisiti kpd program ini. Banner diletakkan seawal seminggu sebelum program. Setup lokasi dan kelengkapan sehingga jam 3am...Letih tu bro...! tapi disebabkan kemahuan utk melakukan maka semua tu hilang bila kami mampu buktikan Fund boleh dicari dengan pelbagai kaedah..! To all yang participate - Terima kasih daun keladi.
Gambar-Gambar Program:
630Pagi - 24072010

Lokasi program - Guard Post Kulim Perdana


830 am - 130 pm (Extended bila dapat good support dari Residen )

Students bersama dgn AJK Persatuan


Semburrrrrr.....!!!

The Ladies Polytechnic student

Tuesday, July 20, 2010

KE MANA PERGI SUBSIDI KAMI

Kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
Kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju..
Kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta Negara.
Kelian berbahasa: bukan barang naik harga,
Cuma subsidi turun sahaja…

Kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta..
Kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta..
Jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu..
Tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?
Apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah…?
Papa semakin parah..! wang semakin lelah..!

Jika semalam berlauk, hari ni berkuah…
Kerana kerajaan kita sedang susah…?
Maka subsidi kita terpaksa di serah…
Jika semalam kau makan sepinggan, hari ni separuh
Kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh
Apa yang dapat di bisik pada anak berkopiah ke madrasah…?
Makananmu sayang, sebahagian sudah hilang..
Jika mereka bertanya siapa yang bawa lari

Kepada siapa patut kami tuding jari..?
Janganlah nanti mereka membenci pertiwi..
Akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
Atau kami jadi insan curang..
Kami diberitahu: Cuma subsidi sahaja yang kurang..?
Tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang..
Dengar sini wahai yang tidak memijak bumi..!
Pernahkah kalian mengintip kehidupan kami..
Pernahkan kalian ngerti makna derita dan susah hati..
Kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
Kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
Bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

Pernahkah kau merasa..?
Rumah bocor yang lanjut usia..
Baju dan kasut anak yang koyak
Tinggal dalam rumah yang berasak-rasak
Siang kami sebak, malam kami sesak..
Sedangkan kalian manusia angkasa
Istana permata dibina, kereta berjuta dirasa..
Elaun di serata, dari isteri hingga seluruh keluarga..
Hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran Negara..
Tapi kami masih di sini, di teratak ini..
Dengan lauk semalam..
Dengan hidangan yang tiada bertalam..
Dengan rumah yang suram.
Dengan wang yang hampir padam..

Tiada istana lawa, tiada kereta berharga..
Tiada layanan diraja…tiada baju bergaya
Tiada kediaman menteri, tiada hidangan V.I.P…
Tiada persen disan-sini, tiada bahagian anak dan bini..
Tiba-tiba kalian kata: kami beban Negara..
Aduhai celaka bangsa yang kalian guna..
Kalian yang belasah, kami yang bersalah..
Kalian buat untung, hutang kami tanggung
Kalian mewah melimpah, kami susah parah
Kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang..
Kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa..
Kalian makan isi, kami dijadikan abdi..

Lantas kalian rampas lagi subsidi..
Kemana wang itu pergi nanti..?
Jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami..
Jika tidak pun buat gula konon merbahaya
Mengapa tidak beras diturun harga?
Jika tidak untuk minyak kereta..
Mengapa tambang tidak potong sahaja..
Tapi entah berapa kali janji..
Konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti..
Hari demi hari, cerita pun tidak berbunyi lagi..
Kami terus termanggu di sini..
Kami hanya menggigit jari..
Kembalikan kepada kami harta Negara..
Jangan hanya kalian sahaja yang merasa.

* Kredit to dr. MAZA

Saturday, July 17, 2010

Untuk Anak & Community

18 July 2010 - Ahad : Lagi weekend yang penuh dgn activities, mengalahkan seorang YB lagaknya. Dari petang Jumaat until Ahad midnight schedule aku full..! Sebahagian contributed to family, quarter for community/friends and another quarter to my company..!!! Letih...? Memang cukup meletihkan, tapi dalam keletihan tu terpancar kepuasan at the end of the day bila apa yang aku buat tu cukup mengembirakan orang disekeliling aku. Routine pagi ahad dimulakan dgn menyupirkan diri utk anak2 kesekolah. Routine pagi Ahad ni bertukar sikit bila weekly exercise aku dgn bermain badminton terpaksa di kanselkan coz kena kena hadir ke sekolah Girl utk Majlis Julang Bistari SK Tmn Hi-Tech, anak aku Girl @ Damia Haziqah dapat hadiah utk pencapaian akedemiknya. Selepas hantar Boy, terus balik kerumah-Awisy pulak nak gi sekolah jalan kaki pagi ni, mimpi apa pulak pun tak tau, so kena layan jugak ler..!Kegarisan.....Sedia....Poooommmm...!!!!! Lari......!!!!Aku, Sue and Girl terus proceed ke sekolah SK Tmn Hi-Tech, register jam 745am-aku sampai jam 8am, tapi tengok orang tak ramai pun.Hantar girl kat bilik pengumpulan(sound like tempat penjualan getah scrap la pulak...!) utk yang dapat hadiah dlm program ni.Aku & Sue proceed ke Kantin sekolah, sekali sekala nak ler juga rasa makanan yang anak2 dok makan masa hari persekolahan. Not bad la...3.5/5 moderate healthy..lepas makan hantar Sue masuk dewan dulu dan aku keluar dari kompaun sekolah sat...perlu ditambah Oksigen sikit lepas makan..! Kembali ke dewan sebaik pengerusi majlis memulakan acara. Majlis dirasmikan oleh Engineering Head Inokom, syarikat pemasangan kereta Hyundai/Inokom/BMM yang terletak di Padang Meha, Kulim. Aku pun faham pasai apa depa jemput dia....selalunya yang aku tau-kebiasaannya pegawai2 dari PPD ataupun Kementerian Pendidikan dari State/Federal kalau tak pun Exco2 State Govt. Agaknya sekolah nak buat kelainan kut. Dimulakan dgn ucapan Tuan Guru Besar dan diikuti oleh Majlis Perasmian oleh Engineering head tu laa. Kedua2 VIP ni aku puji sungguh, tak perlu mengambil masa yang panjang utk buat ucapan, macam tu lah pendik,padat dan kau memang d'Booommm..! Lepas ucapan terus Majlis penyampaian hadiah...Q menunggu untuk dipanggil menerima hadiah.Tahniah Damia - Keep up the good work...!Jumpa dengan ramai gak gang KP pagi ni. Kalau dah jumpa tu tak benda lain la yang dibuatnya...Sembang...sembang...sembang..! Yang kat atas stage dok bagi anugerah kami yang kat belakang ni tak habis2 lagi berborak..!!! Nak balik pun tak boleh coz lepas jer amik hadiah, anak2 kena kaurentin until program tamat, cikgu pun pandai-kalau tak mau lengang dewan..! Penyampaian hadiah diselang seli dengan persembahan dari murid2. Ada 3 shows tapi yang kat bawah ni betul2 menarik perhatian aku. Persembahan gimnas sekolah.
Kalau diikutkan itenary program habis jam 1230 tapi depa dah ahead schedule sejam setengah awal dari jadual sebenar. Macam ni la bagus, tu lah kelebihannya kalau VIP dari private sector yang mai resmi, protokolnya agak simple...tak macam Dato'/Tan Sri/Tengku...sesuai sangat ler dgn aku yang spieces tak dak protokol ni..! Tamat program ada jamuan makan, sekali lagi aku ke kantin sekolah bersama dgn 2,3 orang gang KP untuk menjamu selera."Hj Izam sedang menggoreng kami semua sambil memakan bihun goreng.....: Mau dapat 7 kalau buat ayat macam ni masa SPM.1130am selesai semuanya, satu program penghargaan yang cukup simple dan santai. Tahniah kepada pihak sekolah.
Isra' & Mikraj Program @ Surau Ittihad KP
Kami terus balik ke rumah untuk berehat sekejap coz lepas ni nak kena pi amik Danial pulak. Tengahari tu lepas pi amik Danial terus Lunch dan lepas Lunch pi amik Awisy pulak kat sekolah, balik kerumah untuk berehat sekejap. Anak2 pergi mengaji Al-Quran petang tu, ingatkan bolehlah rehat sekejap, tapi nak buat macam mana-Ultraman Gaia ada kat rumah, terpaksa melayan dia jerlah. Petang tu kami keluar sekali lagi untuk makan petang merangkap makan malam. Anak2 nak makan roti canai yang bukan roti canai mamak punya, tawaf sampai ke Lunas nak cari roti canai, end up dapat kat Kilang Lama.Terus balik kerumah, nak ke surau pulak-ada program Ceramah Isra' & Mikraj kat Surau Al-Ittihad KP. Penceramah di datangkan khas dari Maktab Tunku Bainun - Dr. Nadzmi - Pensyarah merangkap penulis buku Teks Sekolah untuk subjek Pengajian Islam Tingkatan 3 dan 5. Bukan calang2 ustaz yang dipilih oleh AJK Surau, maklumlah pengerusi surau pun ustaz lepasan Al-Azhar so kena la bawa masuk yang power jugak. Program mendapat sambutan hebat dari residen KP, full house kat dalam surau so aku bagi peluang kat orang lain ler dok kat dalam(kat dalam ada aircon) aku lebih selesai dok kat luaq....hehehehe.Bukan apa makan-minum lepas ceramah nanti tu belum siap diuruskan sepenuhnya, so-kami yang spieces terlebih rajin ni perlulah menyediakan kesemua tu. Menu jamuan malam ni Pulut kuning bersama dengan kari ayam dan daging. Minuman pulak kami berjaya dapatkan sponsored dari Zamri-pengeluar minuman Coklat yang menjalankan operasi beliau kat KP. Nampak satu gandingan menu yang agak mantap jugak lah..!Orang suruh mai dengaq ceramah...bukan mai sembang..!!!! heheheheZamri-pengeluar minuman coklat ELNA sedang menyediakan minuman yang di sponsored oleh beliau.Ceramah tamat sekitar jam 10pm dan diikuti dengan solat Isyak, lepas solat semua disajikan dengan jamuan pulut kuning bersama kari daging/ayam. Keadaan di luar surau, meriah dgn residen KPUstaz jemputan ditemani oleh VVIP Kulim Perdana.

TAHNIAH UNTUK SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAUPUN TIDAK DALAM MENJAYAKAN PROGRAM ISRA' & MIKRAJ PADA TAHUN INI.
Untuk AKU sekali lagi weekend yasng cukup padat, balik kerumah dah hampir jam 12 tengah malam, esok pagi akan kembali menjalani routine harian sebagai seorang Suami kepada Sue, Dad kpd anak2, Perkerja kpd Intel, Pengerusi kpd residen KP dan pelbagai lagi rantaian yang pastinya bukan sedikit masa yang perlu diagihkan.

Aku @ Gotong Royong Surau Al-Ittihad KP

17th July 2010 - Sabtu. Aku menyertai kawan2 lain utk gotong royong membersihkan surau kami sempena persediaan untuk program Ceramah Israk & Mikraj pada esok hari dan juga gotong royong ni merupakan annual event sebelum ketibaan Ramadhan. Menjadi kebiasaan kepada mana2 surau atau masjid untuk dibersihkan sebelum kedatangan Ramadhan. Surau Al-Ittihad pun tak ketinggalan untuk melakukannya. Malas betul nak bangun pagi ni, malam tadi aku terpaksa masuk ketempat kerja dari jam 12 midnight until 3 am bila ada Excursion yang memerlukan perhatian aku. Walaupun letih tapi dah janji dengan kawan-kawan maka terpaksa ku gagahi jugak...! heheheheh.
Seawal jam 8am aku keluar dari rumah untuk membawa anak2 & Sue breakfast, kemana lagi kalau bukan kedai panel brekafast kami..gerai makan kat depan Pejabat Hutan Kilang Lama laa. Berbekalkan Water Jet aku ke surau selepas selesai routine pagi dgn family. Tak ramai yang ada disurau pagi tu walaupun jam dah 9 lebih. Team aku ditugaskan utk menyuci lantai, berbekal Water Jet dan dibantu dgn 3 orang assistants kami menyuci disetiap inci lantai surau termasuklah koridor dan toilet. Haji Izam sedang menyelia kerja2 pembersihan oleh AKU.Jelingan Makrifat. Penuh Prejudices.....heheheheheWoit...apasal dia jalan sendiri laaaa...!Di luar Mr. Gardener NIK sedang asyik memotong rumput di bawah panahan cahaya matahari yg cukup terik pagi ni.Tuan Bendahara Surau yang cukup committed..AidieZamli ditugaskan utk bahagian atas sebab dia tak gayat...heheheheYang ni seorang lagi yang tak tau gayat...Bro Zub....puncak menara pun dipanjatnya untuk alihkan speaker. Nak bagi keseluruhan KP dengaq azan katanya....hehehehe....kita tengok pulak lepas ni surau penuh ke tak...!
Pakar botani...Tuan Pensyarah Zamri merangkap assistant aku kat Persatuan Penduduk tekun menanam pokok di sekeliling kompaun surau.Bro Zub berperanan sebagai Mandor utk kerja2 lanscaping.
Jam 11am, Aniza juga AJK aku kat Persatuan Penduduk mai jenguk kami yang tengah dok bergotong - royong, bukan dia mai jenguk kosong tapi mai jengok sambil bawa yang kat bawah niii..Walaupun sajian dah sampai, tapi kami masih bertahan untuk nak selesaikan serba sedikit lagi kerja. Khuatir kalau berhenti malas pulak nak sambung, maklumlah penangan Bubur Kacang dgn Roti Gardenia bisa mampu melintukkan mata.Pak Lan & Haji Izam tekun dan bertukar ganti tasks. Aik....berapa orang jer yang ada ni...?Unit Tingkap sedang menyelesaikan task terakhir mereka dgn memasang kembali sliding window yang dibuka untuk major cleaning.Finally, Tok Sidang memberi isyarat untuk Break time. Bubur Kacang yang disponsored oleh Aniza bersama dgn Roti Gardenia disulami dgn Air Teh O dan Isotonic drink menjadi penyambung tenaga kami pada pagi tu.AJK Surau - Anuwar walaupun berkerja pagi ni tetap balik meluangkan masa untuk melawat kawan2 yang sedang menjamu selera...heheheheheSebahagian 15 orang dari 200 keluarga KP sedang menjamu selera dgn bubur kacang..!Selesai menjamu selera, kami meneruskan kerja-kerja yang berbaki.Hj Izam sedang membersihkan white board sambil diselia oleh Timb. Pengerusi Surau - Cikgu Asri.Mr. Maintenance - En Nazim sedang meng"update" Pengerusi Surau - Ustaz Hapiz hal ehwal penyelanggaraan Surau Al-Ittihad.

Finally- jam 1 PM kami selesai fasa pertama pembersihan Surau kami. Masih ada banyak lagi yang perlu diselesaikan sebelum kedatangan Ramadhan. Berbaki 3 minggu sebelum ramadhan cukup mencabar kami semua utk menyelesaikannya. Insyallah. Spirit Gotong Royong Kulim Perdana, walaupun hanya orang2 yang sama yang datang setiap kali dianjurkan tapi kami optimis boleh di selesaikan sebelum Fajar Syaban berlabuh.
Dari Surau aku terus pick up anak2 and Sue untuk Lunch, memandangkan mood rajin hari ni aku continue cuci lantai dan longkang depan rumah aku dgn water jet..hampir jam 330pm baru selesai. Mandi, solat dan terus tidur keletihan until 7 pm, tu pun sbb anak2 aku kejut utk solat Asar. Malamnya aku memenuhi request anak2 utk masak dinner utk dia orang. Menu sambal ikan bawal, sayur kobis + ikan bilis dan telur dadar. Lepas dinner layan anak2 sekejap sebelum ke Bed..Lega dapat tidur semula, keletihan di sebabkan seharian bermain dgn water Jet terungkai malam ni.