Thursday, June 10, 2010

Pangkor - Day 3 - Bye Bye Pangkor

Hari ke 3 di Pangkor dan bermakna dah nak kena check out dah hari ni, seperti biasa pagi ni dimulakan dengan breakfast kat hotel dulu. Menu yang berlainan dari semalam-berselera masing2 menikmati breakfast pagi ni.Lepas jer breakfast, layan anak2 aku utk last lap kat swimming pool. Pakat berendam sampai kecut. Mama diaorang sibuk dok berkemas brg2 yang menimbun.
Lepas dah puas kat swimming pool, kembali ke bilik utk bersiap sebelum check out. Pam dulu sebotol sebelum berlepas pulang.1230 pm Check out from Carol Bay Resort.Lepas Check Out, naik shuttle ke Pangkor Town untuk shopping serba sedikit barang-barangan hasil laut Pulau Pangkor untuk buah tangan dan cenderahati kenangan.Lepas shopping lebih kurang terus proceed to jetty, working distance jer dari Pangkor town, sampai kat Jetty ferry sedia menanti untuk kembali ke Lumut. Service yang baik utk peak season macam ni, dia orang dah tak ikut schedule dah..Penuh jer ferry terus berlepas. Sekali lagi aku perlu bagi kredit untuk management ferry kat Pangkor ni, baik berlipat kali ganda dengan perkhidmatan ferry untuk ke Langkawi.Masuk ferry jer anak2 aku semua tidur keletihan walaupun perjalanan ferry tak sampai 30 minutes. Sampai jer kat Lumut, ketiga-tiga beradik terus nak refreshment...cuaca agak panas hari ni.Dari jetty Lumut kami terus ke parking kereta untukk berlepas pulang meninggalkan moment-moment indah dan menarik sepanjang 3 hari di Pangkor. Overall memuaskan dan satu terapi yang baik untuk kami sekeluarga.Around 2pm kami meninggalkan Lumut untuk kembali ke Kulim Hi-Tech. Singgah di RnR Bukit Merah untuk Lunch selepas gagal berjumpa dengan kedai/restauran yang memuaskan sepanjang laluan Lumut-Pantai Remis.Sekitar 5pm sampai kat Kulim Perdana, kami anak beranak terbungkang keletihan depan living hall dan Sue pulak sibuk berdobi 3 hari stock pakaian sepanjang di Pangkor sebab esok awal2 pagi kami akan balik ke Jerlun pulak untuk menghabiskan cuti hujung minggu kami di sana.

Tuesday, June 8, 2010

Pangkor Island - DAY 2

Hari ke-2 kat Pangkor dimulakan dgn pre-breakfast anak2 aku dgn snack....peeehhh, dari malam tadi tak habis2 dgn jajan/kudap2 jer dia orang 3 beradik ni, yang Awisy sampai sakit perut dek penangan snack & soda, mentang2 lah aku bagi blank cek kat depa..free flow utk semua makanan kegemaran dia orang..!! Dia orang bagi betul2 kaw punya..!!! Turun ke cafe untuk breakfast that provided by Carol Bay Resort.

Kusyuk menikmati hidangan breakfast.
Danial...paling tak suka bergambaq.

Plan pagi ni nak memancing, check dgn jockey hotel kat mana blh dapat umpan, the nearest adalah kat Pekan Pangkor, so aku kena ada transport ler utk ke sana. Memandangkan dah janji dgn anak2 aku utk mancing so kena ikhtiar gak ler. Nak naik shuttle round trip $20, so aku sewa jer motor kapcai kat depan hotel, 2 jam cuma $10., bawa hero2 aku jer lah pagi tu ke Pekan Pangkor. Lokasi yang dituju adalah Market pagi kat Pekan Pangkor, ada ler 4,5 gerai yang jual hasil laut, beli ikan kembung dan udang utk umpan memancing then terus kembali semual ke hotel. Tak sampai 30 minutes aku dah terpacak semual kat tempat menyewa motor kapcai tu, nak pi kemana pon tak tau dah, pulak tu anak2 aku dah tak sabar sangat dah nak mancing.Lepas hantar motor terus kami ke lokasi untuk memancing, ada satu teluk yang berbatu kat kawasan beach yang direkomen oleh tourist agent aku utk memancing, 20 minutes jalan kaki menyusuri pantai untuk kesitu. Maka bermulalah aktiviti memancing kami anak beranak.
Menyiapkan set utk memancing.
Pemancing Tegar....tekun sungguh kalau memancing...kalau suruh baca buka..macam2 alasan dok ada..!
Sue melayan Damia and Darwisy main pasir.
Dekat jam 12 tengahari sekoq ikan pun tak sudi menjamah umpan kami, air pulak makin tinggi tambah dengan matahari yang terpacak kat atas kepala so kami decided untuk stop mancing dan kembali ke hotel utk sambung kat kolam renang.
Makanan ruji Darwisy sepanjang berada kat Pangkor. Kedekut pulak tu...jangan harap nak share dgn sapa pon pack dia...yang hat orang dia nak...hat dia kedekut nak mampuih..!!!
Lepas puas mandi kat swimming pool, kembali ke bilik utk siap2 utk keluar lunch. Kami lunch kat satu gerai di hadapan Sandy Beach Resort... Mak oooiiiii...punya ler tak sedap....! anak2 yang tak berapa pandai menilai makanan pun cakap tak sedap, mak bapak dia pulak tak yah nak cakap ler...Aku menyumpah sepanjang masa..! Orang nak berniaga dia orang pun nak meniaga tapi masak memang totally failed. So for those yang datang ke Pangkor...hangpa jangan dok teringin pulak nak makan kat kedai ni..! baik makan maggie lagi berselera..!!!
Lepas lunch dgn menu yang macam hampeh tu kami kembali ke bilik untuk berehat dan petang tu sekali lagi turun ke kolam renang...anak2 aku ni memang spieces hantu air....tak cemuih2 dgn kolam renang..!! Setiap kali turun kolam renang mesti beli apa jer gadjet utk berenang kat satu convenience stall yang ada kat sebelah kolam tu...berpuluh ringgit spend kat situ, setiap kalu seorang beli yang 2 orang lagi mesti pon mau jugak...parah betul aku sepanjang berada kat sini..!! Dengan Darwisy langsung tak blh nak nego. kalau dia kata nak yang tu...memang kena beli ler..kalu tak mau satu resort tu dengaq suara dia jer lah..!! Bukan setakat menangis tapi siap nak sepak/tendang/tumbuk aku dgn mama dia....dengan siapa dia belajaq pun tak tau..!!! Anak made in America memang macam ni kut gamaknya..!!! Langsung tak makan saman..!
Danial dengan aksi terjun tiruknya.
Malamnya sekali lagi ke Restauran Seafood yang sama dgn malam tadi, cuma tukar menu jer..Orang ramai pulak mlm ni...dekat sejam tunggu baru dapat makanan..Budak2 pun dah tired sebab banyak main siang tadi..lepas makan sekali lagi menyusuri gerai2 tepi jalan sambil makan jagung rebus. Kembali ke hotel at 10pm utk tidur. Seronok sungguh aih kalau tiap2 hari macam ni...makan tidur..makan tidur...tak payah kerja, stay back sampai malam...weekend/odd hours support...terasa masa berlalu begitu cepat, esok dah kena kembali ke kehidupan yang stereotype.

Friday, June 4, 2010

Cuti Sekolah Mai lagi...Pangkor Island

Day 1Di zaman persekolahan aku dulu, kalu cuti penggal/semester adalah detik2 yang aku tunggu yang akan diwarnai dengan dunia Alam dan Manusia, seluruh perusuk kampung akan aku dgn kawan2 explore. Apa lagi yang aku ada untuk memenuhi cuti persekolahan aku pada zaman tersebut...? Dan harap Arwah mak aku bawa bercuti memang tak mungkin akan berlaku, paling bagus pun kalau ada rombongan sekolah tu dah dikira cukup bagus dah tu...! Definasi cuti sekolah cukup mudah bagi aku, boleh bangun tidur lewat, tidur lewat, keluar main dari pagi hingga ke petang, tak payah baca buku dan lain2 lagi yang membawa maksud buku sekolah tolak ke tepi. Keluar rumah selepas brakfastala kadar apa yang ada bawah tudung saji, maklumlah bangun lewat..! pastu aku dan kawan akan explore satu kampung dengan aktiviti2 seperti terebey burung, main guli, gasing, tuju pot, bantai lemak, polis centry, zero point, cari ikan karin, main tui dan segalamak leka lagi mainan yang sezaman dengannya. Cepat sungguh masa berlalu, anak2 aku lani langsung tak berpeluang utk kesemua itu, mainan anak2 zaman sekarang more tu indoor games, dengan segala jenis gadgets yang ada dipasaran sekarang, keunikkan mainan tradisi lapuk dimamah usia. Tak habis dengan itu, asal cuti sekolah jer mesti kena bercuti, betul2 tinggi maintenances anak2 zaman mellinium lani. Kalau cuti semester lepas kami anak beranak ke Zoo Taiping dan Carnival Water Park Sungai Petani, untuk cuti semester ni pulak kami ke Pangkor Island, destinasi kali ni dipilih oleh daughter aku. Bila aku tanya kenapa Pulau Pangkor, jawapannya cukup mudah...sebab rumah sukan dia Pangkor so dia perlu ke Pangkor untuk nak tahu apa yang ada di Pangkor..!!! Aku perlu ucapkan Terima Kasih kat cikgu dia coz park dia kat rumah Pangkor, kalau dibuatnya rumah Tioman..mau makan maggie lagi aku bulan ni..!! Disebabkan perancangan nak kesini dibuat 2 bulan awal maka segalanya agak tersusun, aku dgn Sue awal2 lagi dah plan annual leave a week utk 1st week cuti persekolahan kali ni. Hotel pun awal-awal lagi aku dah booked melalui travel agent kat Pangkor (http://www.pangkorkini.net/) yang aku perolehi melalui satu blog. Kredit utk travel agent bumiputra ni, harga yang ditawarkan juga agak berpatutan walaupun peak season. Cuti hujung minggu yang panjang minggu ni membuatkan ramai yang mengambil kesempatan untuk keluar bercuti sempena cuti persekolahan. Isnin - 7th June 2010, jam 11am kami meninggalkan Kulim Perdana untuk ke destinasi percutian kami kali ni. Sehari sebelum tu, kereta dah siap di servis, destinasi Jetty Pangkor juga dah siap di set kat Garmin GPS aku dan Smart Tag juga dah reload, nampak betul2 terurus untuk trip kali ni. Perjalanan dari Kulim Hi-Tech Park mengambil masa lebih kurang 2jam untuk ke Jetty Lumut. Dalam perjalanan travel agent aku, En Azmi dari Pangkorkini call untuk tanya lokasi dan status, 2 tumbs up utk company bumiputra ni, macam ni ler yang kita nak dari sykt. bumiputra..provide tip top punya services, tak berapa sen pon kalu nak entertain client macam ni..! Pada sesiapa yang bercadang utk ke Pangkor aku rekomen untuk berurusan dgn travel agent ni, room rate yang dia offer aku pon lebih murah dari harga yang ditawarkan oleh hotel yang aku menginap ni eventhough kita sendiri yang booking. Dalam pukul 130pm, kami sampai kay Jetty Lumut. Tempat parking pon cukup bagus sekali, tak seperti parking nak ke Langkawi..semua diuruskan secara persendirian oleh ulat2 parking, dah ler parking tak berbumbung, charge yang dikenakan pon lebih tinggi dari yang kat Pangkor ni. Dengan multi level parking dan infrastruktur yang cukup baik aku rasa pihak2 berkenaan di Kuala Perlis mahupun di Kuala Kedah perlu mencontohi apa yang di provide oleh pihak Majlis Daerah Manjung yang menyediakan semua ini. Two tumbs up to Kerajaan Kudeta Dato' Seri Zambry..hehehehe...kredit utk dia walaupun bukan masa pemerintahan dia masa semua tu di dirikan.! mungkin dia contribute sikit kut coz dia ADUN Pangkor.Selesai parking kereta kami lunch dulu kat Jetty Terminal, anak2 aku makan pon dah tak berselera dah, masing2 dok kalut nak nak ferry dah. Lunch depa cuma ambil ice cream dan ABC jer.230pm kami menaiki Ferry yang akan membawa kami ke Pulau Pangkor, dengan bayaran RM10 round trip utk Adult dan RM5 untuk kids, aku rasa amat berbaloi dgn service dan infra, yang ada di Jetty Pangkor ni.Sampai jer kat Jetty Pulau Pangkor, kami menggunakan perkhidmatan Pink Van/Shuttle untuk check in kat Carol Bay Resort. Lokasi hotel ni 3km dari Jetty Pulau Pangkor, charge $10 utk perjalanan sehala..OK lah tu sebab peak season.! Nasib baik aku booked bilik ealier, fully booked time2 cuti sekolah macam ni rupanya, kursus goverment staff pun ada 2 group ditambah lagi yang jenis spieces aku yang bawa anak2 mai bercuti ni, jadi riuh rendah kat lobby masa nak check in. Masuk jer ke bilik, anak2 aku dah siap tukar swimming suit masing2 dah tak sabar nak turun ke swimming pool, walaupun keletihan terpaksa ler jugak layan anak2.Lepas mandi kolam renang, bawa semua ke beach pulak utk mandi-manda air masin pulak. Ombak agak besar petang tu, puas jugak ler nak mengawal 3 orang, bertempik riuh rendah...dengaq suara aku jer petang tu..!!!

By 7pm balik semula ke hotel, shower then keluar dinner kat satu Seafood Restaurant bersebelahan dengan Carol Bay Resort. Lepas dinner jalan2 kat area2 situ utk tinjau barang2 yang sesuai utk dibeli sebagai cenderahati. 10pm semua kami anak beranak ZZZZZzzzzzzzzzz.