Saturday, August 4, 2012

Permohonan Menurap Tar, Membersihkan Sungai & Menyediakan Tong Sampah Untuk Penduduk Kampung Jerlun

YB Ust Hj Abd Ghani B Hj Ahmad (ADUN Air Hitam)
YB Dato' Mukhriz Mahathir (MP Jerlun )
YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (MB Kedah)
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
Datuk Seri Najib Razak ( Perdana Menteri Malaysia )

5hb OGOS 2012

Zulkifli Bin Yaacob
No 11, KM16 Jalan Putra
Kampung Jerlun
06150 Air Hitam
Kedah Darulaman.

YAB Datuk Seri/Dato’ Seri/Dato’/Ustaz

Permohonan Menurap Tar, Membersihkan Sungai & Menyediakan Tong Sampah Untuk Penduduk Kampung Jerlun

Merujuk kepada perkara diatas, saya Zulkifli Bin Yaacob anak jati Kampung Jerlun ingin membuat permohonan dari pihak YAB Datuk Seri/Dato’ Seri/Dato’/Ustaz untuk menyediakan sedikit budget bagi menaik taraf kemudahan asas seperti diatas untuk penduduk Kampung Jerlun.

YAB Datuk Seri/Dato’ Seri/Dato’/Ustaz

Kampung Jerlun terletak didalam Kawasan Parlimen Jerlun dan Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam, sebagai anak jati Kampung Jerlun yang dibesarkan dan mendapat persekolahan awal di kampung ini saya amat berbangga dengan kampung saya lebih-lebih lagi nama Parlimen Jerlun diambil sempena dengan kampung saya, dan yang lebih membanggakan lagi saya Parlimen Jerlun ini diwakili oleh seorang anak kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang cukup saya kagumi. Walaupun kedua-dua orang tua saya telah meninggal dunia tetapi saya tetap akan pulang ke kampung sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk menziarahi ahli keluarga dan sahabat handal yang masih lagi ramai di Jerlun malah kawasan pengundian saya juga masih kekal di P005 (Jerlun ) dan N4 (Ayer Hitam) walaupun lebih 20 tahun saya meninggalkan Kampung Jerlun. Kebanggaan saya sebagai anak Jerlun cukup kuat, kemana sahaja saya pergi waima keluar negara sekalipun nama Jerlun kekal dalam sanubari saya, kelahiran blog peribadi saya juga tidak lepas dari mengaitkan dengan Jerlun http://www.thejourneyofanakjerlun.blogspot.com/2009_01_01_archive.html

YAB Datuk Seri/Dato’ Seri/Dato’/Ustaz

Kepulangan saya ke Jerlun dewasa ini cukup membuat hati saya tersentuh, dikala tempat-tempat lain menikmati pembanggunan infrastuktur yang cukup serba serbi tapi Jerlun terkecuali. Keadaan jalan kampung seperti selepas peperangan, berlopak dan berlubang disana sini. Jalan utama untuk kegunaan penduduk kampung Jerlun bagi menjalankan aktiviti harian cukup mendukacitakan. Di kiri kanan jalan yang berlubang dan sempit itu di penuhi dengan pokok-pokok belukar yang cukup menyakit hati. Cukup sukar untuk kenderaan berselisih dan yang paling mendukacitakan adalah keadaan sungai di kampung Jerlun ini, sungai yang menjadi sumber air utama untuk petani-petani dikawasan Jerlun ini mengalir lesu ke muara kerana dipenuhi dengan tumbuhan “kemeling”, langsung tiada ruang untuk menampakkan permukaan air. Saya tidak mengharap sungai ini dinaik taraf seperti Venice River di Italy ataupun Amsterdam River di Holland yang sepenuhnya dibangunkan sebagai “River Cruise” untuk menarik pelancong tetapi sekurang-kurangnya kami yang sekali sekala pulang kekampung dapat menikmati satu panorama yang cukup cantik dan indah seperti dahulu. Tumbuhan “kemeling” di sungai ini perlu dilakukan sesuatu dan belukar tebing sungai ini perlu dibersihkan. Keadaan menjadi lebih parah bila sampah sarap turut dibuang ke sungai dan tebing sungai oleh penduduk setempat, hendak disalahkan kepada penduduk juga tidak adil kerana tiada tong sampah disediakan untuk mereka, jika ada pun mungkin satu biji itu pun ditempatkan di jalan raya utama.

YAB Datuk Seri/Dato’ Seri/Dato’/Ustaz

Saya tidak pasti agensi mana yang patut bertanggungjawab tapi saya amat mengharap YAB Datuk Seri/Dato’ Seri/Dato’/Ustaz dapat melakukan sesuatu untuk Kampung Jerlun ini, bagi kami anak-anak generasi ke -2 dan ke-3 Kampung Jerlun yang secara majoritinya cuma sekali sekala pulang ke Kampung Jerlun berharap nasib kampung kami berubah. Saya terkecuali dari mendapat BR1M ataupun bantuan-bantuan lain dari kerajaan, oleh itu sebagai rakyat Malaysia dan pembayar cukai tiada lain yang saya harapkan kecuali pembanggunan infrastuktur dapat dinikmati oleh kami.

Semoga permohonan saya ini mendapat perhatian dari pihak YAB Datuk Seri/Dato’ Seri/Dato’/Ustaz. Saya sertakan gambar-gambar seperti di bawah untuk perhatian pihak YAB Datuk Seri/Dato’ Seri/Dato’/Ustaz sekiranya YAB Datuk Seri/Dato’ Seri/Dato’/Ustaz tiada masa untuk datang menziarah kampung Jerlun.

Sekian,

Terima kasih.

_____________________
(ZULKIFLI BIN YAACOB)
PENGGUNDI P005 & N4










Wednesday, August 17, 2011

Ada apa dengan 17th August....

Aku bukanlah termasuk dalam golongan psychologically liberated tapi kesempatan dan peluang yang kita dapat janganlah di persiakan begitu sahaja. Sebagai manusia aku bersyukur dengan "Qanaah" yakni menerima dengan rela apa yang ada dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki yang telah Allah SWT rencakan untuk aku.
There are big ships and small ships. But the best ship of all is friendship. Untuk semua kawan2, rakan2,sahabat2, family members, jiran tetangga, old friends, new friends, rakan sekerja,memba sekampung, bosses and all yg mengenali aku dan munyucapkan Selamat Hari Lahir/Happy Birthday samada melalui FB, emails, Cards, Phone, Text,SMS atau apa sahaja...aku ucapkan....

When I was born I was so surprised I didn’t talk for a year and a half...but today 17th Aug 2011, aku tak surprise lagi sbb bercakap mmg berkait rapat dgn aku...aku tak tahu apa akan jadi dgn aku kalau diperintahkan jangan bercakap even untuk satu hari sekali pun..!!!mau terkalih dunia ni aku rasa kalau aku tak dibenarkan bercakap..ajaklah aku bercakap ttg apa sahaja...pasti aku tak akan memilih utk berdiam diri..hari ni cukup bermakna dlm hidup aku, umur setahun lagi berganjak...hhhmmmm tapi masih lagi dlm 30an, not so bad..Alhamdulillah dengan umur yang masih dipinjamkan oleh Allah SWT ni ....After 30, a body has a mind of its own kata omputeh .belum lagi menjengah ke angka 40an...masih muda kan..!Omputeh kata lagi ..Life began at 40..!! dan angka 40an selalu dikaitkan dengan nak buang tabiat...so mean that aku belum lagi nak buang tabiat laa....hahahaha.

Tahun ni juga birthday aku sama dgn hari NUZUL AL-QURAN or the commemoration of the revelation of the Holy Quran falls on the 17th of Ramadhan and is one of the highlights of the holy month of Islam.Perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Istilah Nuzul al-Quran itu sendiri menurut majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.
Tazkirah sikit ttg Nuzul Quran sbb dah kebetulan hari ni serentak dgn sambutan Nuzul Al-Quran, selain tu hari ni juga merupakan hari Kemerdekaan Indonesia...hahaha...banyak peristiwa penting berlaku sama tarikh dgn tarikh kelahiran aku ni.

Celebrate tahun ni pun agak berlainan sikit, aku wat moreh kat Surau bermenukan bubuq fabaret aku...apa lagi kalau bukan bubuq kacang + durian dan dimakan bersama dgn roti benggali...menyengat juga la makan time2 hujan pulak tu. Berbalik soal umuq yg dah nak masuk ke angka 4 dah ni ...fuhhhhh...Ada orang mengatakan payahnya menjadi lelaki. Besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul untuk meneruskan kehidupan. Maklumlah di zaman ini, besarlah cabaran bagi seorang lelaki yang dipenuhi dengan tribulasinya. Kita diuji dengan penglihatan yang menggoda iman, patutlah Allah menyuruh kita di dalam firmanNya yang bererti :
" Katakanlah kepada orang2 beriman laki2 agar mereka menundukkan pandangan mata ( terhadap wanita ), dan memelihara akan kemaluan mereka ( menutupya ). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya."( An-Nur : 30-31 ) Berapa ramai yang telah kalah di dalam menjaga pandangan dan kemaluannya ?Suami diuji dengan isteri, harta, anak-anak. Orang lelaki perlu bekerja mencari rezeki dan bukannya duduk goyang kaki. Orang lelaki perlu kuat pegangan agamanya, tahu menjadi imam, mempunyai daya kepimpinan, membuat keputusan yang betul. Kita tetaplah lelaki untuk meneruskan perjalanan di bumi ALLAH SWT ini, tidak mudah mengalah, berusaha untuk menjadi pemimpin yang baik dan memperbaiki diri. Begitulah, hidup orang yang beriman, kesusahan itu sebenarnya adalah hiburan, ujian itu menambahkan cinta kepada ALLAH SWT.
Manusia hanya menumpang dimuka bumi ini. Kitalah pelakon-pelakonya. Dengan itu, berbuat baik lah, kerana kita hidup hanya sementara. Last but not least...utk semua yang mengenali AKU...sekali lagi aku nak nyatakan disini .

I'M SO GLAD WE'RE FRIENDS

Thanks everyone... thanks for your birthday wishes.
If you give me thousand of wishes, i would say one thing only. I wish my self stay happy and nothing trouble me, forget all the bad thing start with a blank paper again and again and again...
Bila kita letih dan hilang semangat...Allah tahu betapa kita telah mencuba sedaya upaya...
Bila tangis kita berpanjangan dan hati kita kedukaan...Allah telah mengira titisan airmata kita...
Bila kita rasa ketinggalan dan masa meninggalkan kita... Allah setia disisi kita...
Bila kita telah mencuba segalanya tp xtahu tujuan...Allah ada jalan penyelesaiannya... Bila tak ada yg bererti buat kita , keliru dan kecewa... Allah adalah jawapannya...
Kita tak usah bersedih...ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita...
Tabahkan hati... bersyukurlah kerana masih di panjangkan umur.

Friday, July 8, 2011

CLEAN kah aku?

Satu perkara yg tak pernah aku jangka berlaku dalam hidup aku dan realitinya ianya berlaku tengahari tadi (08-07-2011) bersamaan dgn hari Jumaat yg penuh dgn keberkatan. Routine pekerja kilang mcm aku ni senantiasa sibuk dan kadang2 aku menyibukkan diri utk di lihat sebagai sibuk, around 1150am handphone aku berdering dan aku tgk nama pemanggil merupakan seorang anggota polis dari balai KHTP yang aku kenali. Endah tak endah jer aku bercakap dgn dia memandangkan memang begitu pun cara kami berkomunikasi sebelum ini, aku selalu gak berjumpa dgn anggota ni melalui meeting2 aku dgn pihak polis sebelum ini, tapi panggilan hari ni mmg lain dari yang lain, dari nada suara dia yang aku kenali mmg sedikit serious..."Assalamualaikum Tn Zulls, Minta datang ke balai jam 1230 tengahari ni..Tn C**ah nak jumpa." Aku tanya ada apahal nampak mcm serious sgt...dia cuma kata..mai balai dulu la,jumpa dgn Tuan C**ah , dia ada benda nak disampaikan.." Peehhhh...ini sudah bikin aku sedikit bimbang..Hari jumaat ni bro...banyak program yang dok tunggu weekend ni..tapi aku dah blh agak dah sebab apa aku dipanggil kali ni...gerak hati aku cukup kuat mengatakan berkaitan dgn Pertubuhan yang kononnya Haram tu, sebabnya aku dilihat sedikit kehadapan dlm issue ini. Email officemate ttg perkara ni dan 3 orang members office menemani aku ke balai. Aku sampai kat balai 10 minutes awal dari yg diminta...cukup komited...hehehe..sampai kat balai terus aku dibawa ke bilik mesyuarat, lebih kurang 6 anggota polis termasuk anggota yang membuat panggilan kepada aku sebentar tadi dan Ketua Polis KHTP...Tuan C**ah. Aku diajak utk minum kopi yang tersedia di atas meja, tapi aku cakap aku dah cukup kenyang dah time tu...hahaha...yang sebenarnya ..." dah tinggai sepekoq" dah pon..!!! Menyedari aku perlu ke masjid utk solat jumaat sbb aku berpakaian baju melayu ke tempat kerja hari ni, so Tuan C**ah terus meminta anggotanya utk membuka bilik beliau dan menghidupkan aircon...peehhhh ...lain mcm pulak kali ni...aku mmg dah biasa dgn balai polis sini sbb selalu dtg meeting kesini atas kapasiti aku sebagai pengerusi persatuan penduduk komuniti aku sebelum ni tapi tak dak la pulak sampai kena masuk meeting dlm bilik dia sendiri, selalunya kami guna bilik mesyuarat kat tingkat bawah jer..Tuan C**ah ajak aku ketingkat atas utk kebilik beliau...aku mengekori beliau dari belakang sambil bercakap2 serba sedikit ttg hal2 biasa...dia ada tanya aku "tak pi ke KL ker.." aku cakap tak lah...!!! hehehehe....dlm hati dok tertanya2 dah ni...!!! dah gerak hati aku time tu....mmg menjangkakan aku dipanggil sbb issue pertubuhan yg dilebelkan haram tu dah....peeehhhhh....aku kena kontrol.....kontrol pernafasan...kontrol hensem, kontrol tingkah laku....yg penting jgn bagi nampak panic...! Masuk jer bilik beliau, kopi dah tersedia di atas meja...kami start merokok dlm bilik yang ber-aircon sambil meminum kopi dan beliau memulakan perbualan dgn topik2 keselamatan di area KHTP dan juga aktiviti2 yang kami bersama anjurkan sebelum ini dan akitiviti2 yang kami akan anjurkan dimasa hadapan...Pelbagai perkara bermain difikiran aku ketika itu...pasai apa yg perlu panggil aku ke balai sekadar nak sembang benda2 mcm tu...setengah jam pertama asyik dok cerita ttg perkara2 tu ajer...handphone aku asyik berdering dgn panggilan2 kwn2 aku yg dok tunggu kat luar balai, menyedari aku mcm tak selesa jer, barulah beliau bagi tau tujuan aku dipanggil...seorang anggota wanita masuk ke bilik beliau dgn membawa beberapa keping kertas..hahahaha...telahan aku mengena...! kepingan pertama A4 paper adalah gambaq profile FB aku yang lengkap dgn pakaian pertubuhan yg di labelkan Haram itu....Aku menjadi bertambah segan dgn beliau dan beliau juga begitu...mcm2 yang dihujahnya dgn aku..! Pihak atasan telah mengeluarkan arahan utk mengambil tindakan keatas aku, tapi memandangkan beliau mengenali aku, menurut beliau....beliau mohon utk memanggil aku utk berbincang terlebih dahulu..dan kalau aku memberi kerjasama..tiada tindakan akan dikenakan..tapi jika sebaliknya...hangpa semua sedia maklumlah....hhhmmmm...mcm2 aku diberitahu....7 hari reman dan tak boleh bail out...dan mcm2 lagi lah implikasi yang harus aku depani..kalau nak tau cerita lanjut....jom ajak aku ngeteh..! Dan yang pastinya kalau 91 orang dikenakan tindakan tak blh masuk KL on 9 July, aku pulak tak boleh keluar dari area Kulim pada tarikh tersebut...Fuuuuhhhhh...sampai sini dulu...nanti kita cerita lagi..!!! Ternyata aku masih belum teruji sepenuhnya dalam perjuangan ini dan yang pastinya aku GAGAL dalam ujian ini. Aku kena akui Jiwa dan Semangat aku belum sampai ke makam para pejuang terdahulu mahupun pejuang2 haluan kiri dewasa ini. Jumpa aku kalau nak tau cerita lebih lanjut.

Saturday, April 9, 2011

Vietnam Trip

Selepas sebulan travel ke Ho Chi Minh baru aku berkesempatan untuk mengupdate blog aku, tu pon sekadar gambaq jer setakat ni...apa pun ni aku kira dah cukup baik dari aku pegun tanpa apa2...hhhhmmmm...Selamat menyantai sambil menbelek2 gambaq2 travel aku kat sana.