Friday, January 8, 2010

Bibik oh Bibik..!

15 Dec 2009 lebih kurang jam 10pm, SMS wife aku bunyi sbb H/phone dia dekat dgn aku maka aku yg check..Tekan jer nampak nombor agak luar biasa, tentu dr luar ni..SAH..! Terkesima aku sekejap..." Kakak, aku minta maaf,aku tak dapat pulang kembali kesana sebab aku mau kawin, Maaf ya Kakak", lebih kurang macam tu isi kandungan SMS bibik aku..!! Bibik Indon ni mmg peel dia mcm ni, dah 2 kali dah aku kena, modus operandi dia pon sama gak, cuma bezanya yg hat kali ni dah hampir 3 tahun dok dgn aku...itu jer bezanya, bab yg hat lain2 semua sama..Penipu..! Pembohong..! Sembahyang tungging tebalik pon tapi bab2 nak pembohong ni memang serah kat depa laaaa...!
Tungang langgang kami suami isteri nak settle down bab anak2 sekolah, yg oldest dgn daughter bersekolah berlainan, tambah struggle bila hero bongsu aku walaupun umur baru 3 tahun tapi terpaksa kesekolah...Pehhh...tiap2 hari menangis, habis ikhtiar dah..tapi nangis..nangis...nangis..nak kerja pon tak senang.Tapi tu semua cherita 3 bulan lepas. Lani Alhamdulilallah, ketiga2 anak aku dah blh menerima ketiadaan pembantu mereka sekarang, masing2 dah mula blh berdikari. Mamanya pun dah mula kembali ke routine seorang suri, selepas 6 tahun dibantu kini semuanya perlu diselesaikan secara bersama.Banyak con and kontra, tapi walaupun letih, sibuk, full, packed..tapi hati and jiwa amat senang dan tenang. Yang tak bestnya,routine weekend and nite aku dah terpaksa diubah suai, kalu dulu blh lepak dgn kawan2 sampai 2pagi walaupun hari berkerja, tapi lani dah tak blh dah..kalu dulu blh pi tengok wayang dgn wife jer, tapi lani kena usung semua anak beranak masuk panggung kalu nak menonton, kalu dulu blh turun stadium tgk bola, tapi lani ni tgk live kat TV jer laa.kalu dulu balik jer kerja, isap rokok sebatang, baca paper atau mengadap depan PC layan issues politic tapi lani after midnite baru blh buat semua2 tu.Tapi aku bersyukur, family aku kembali ceria, anak2 dah mula serasi dgn kehidupan sekarang.! Tak nak dah aku dgn maid2 indon ni, semuanyer tak blh pakai. Kami suami isteri bertekad utk menguruskan semua tanpa pembantu, kalu mak bapak aku dapat besarkan kami 9 beradik tanpa ada pembantu, kenapa tidak kami yang cuma ada 3 orang anak jer. Pucuk pangkalnya, atas kemahuan masing2.! Untuk anak2 Dad...Jangan nakal2 dan sepah2 brg sgt...nnt BP dad naik lagikkkkk..

Tuesday, January 5, 2010

2009 - Ada Apa Dengan AKU..?

Pehhhh....apa dah jadi dgn blog aku? Lama benar rasanya aku tak menulis...kalu dulu asal free jer mesti layan menulis, lebih2 lagi kat blog team Gerek aku (http://www.gerek-kulim.blogspot.com/). Agaknya aku ni mmg spieces hangat2 taik ayam kut...! Masa mula2 buat kayuh gerek dulu, tak dak benda lain, asal cuti jer..mesti nak kayuh, balik kayuh jer mengadap depan screen update story, alih2 ada issue dgn team lama aku...sentap jap..! Pastu kayuh semula, setup satu team baru, hat ni baru kena dgn jiwa kut..! Lepas kayuh sana kayuh sini, tukaq hobi main badminton pulak dah...ha ni agak serasi dgn aku...bertahan sampai lani-ok gak ler rasanya walupun seminggu turun sekali jer...kira ok ler tu, blh gak dok bakaq lemak2 yg kian terkumpul dgn perut aku ni yg kalau aku biarkan tak mustahil akan jadi mcm Bob (http://www.syahazli.blogspot.com/ )hehehehe..
Moment2 yg agak menarik sepanjang 2009
Bercuti dgn family kat Langkawi masa cuti sekolah baru2 ni.
Pose ni yg aku paling suka...KMCO AE Team Building ...Trip to No WhereKMCO MHS Team Building - Tengok Movie, Main Bowling & Makan...!
KMCO Anual Dinner - Penang Hard Rock HotelMancing Kat Tuas YAN dgn gang2 Opis yang hampeehh....! nak buat perambut dgn ikat batu ladung pon tak tau..tapi nak pi layan Tenggiri, Rezeki berpihak pada kami utk trip ni...dapat mendarat 3 ekoq Tenggiri.Aktiviti setiap pagi Ahad, main badminton dgn bdk2 KM5/6Lagi KMCO AE Team Building, kali ni kat Langkawi, moment yg tak blh lupa kena sembelih masa dinner kat satu kedai Seafood kat Padang Mat Serat, RM1500 utk 20 org makan,,,peeehhhh " nak kena sumpah 7 keturunan lagi nampak gayanya depa ni..!"
Driving range @ KGCR dgn Tat & Wann
Program Masak Bubur Lambuk masa Ramadhan Lepas, Aku berjaya mendapat sponsored sepenuhnya dari Maggie, sumbangan tak seberapa dari aku utk community aku.
AidilFitri @ Jerlun
Dah 6 tahun anak dara tunggal aku ni.Anak2 celebrate birthday bibik diaorang, end up dia belah balik tak mai dah...hampeeh punya indon, menyusah hidup aku anak beranak jer..!!!Berbuka posa @ KGCRSebab dekat dgn rumah, tahun ni 2X bw bdk2 berbuka kat KGCR
Dinner @ Marry Brown masa bercuti kat Genting Henting awal tahun 2009
Kenderaan rasmi anak aku kat Jerlun, dia dok practise nak masuk trek pulak lepas ni.!
Kedah Die Hard Fan - Stadium Darul Aman, Alor Setaq
Stadium Bukit Jalil
Stadium Batu Kawan, PenangLayan anak2 main wau kat Pantai Merdeka
Anak - anak aku layan Kara-OK masa kenduri untie depa kat Jengka, Pahang
Damia's Sport Day, Go Girl...You can do it..! Best Student kat her Kindergarden for 2 yrs. /Tahniah....Jangan Cemerlang kat Kindergarden jer,,,keep the momentum utk Elementary juga yer..! Lagi Team Building dgn Expatrait dr Vietnam, aku bawa depa pekena mee udang kat Pulau AmanMaknya tak der coz pegang camera amik gambaq.
18SX....dapat swimming pool mmg tak mau naik punya...sampai kecut berendam @ Safa Idaman Apartment Langkawi RESOLUSI AKU UTK 2010 - NAK JADI SUAMI YANG BAIK UTK PUAN SITI SURIANI, NAK JADI DAD YG PALING BAIK UTK DANIAL, DAMIA & DARWISY dan NAK BUANG SAKA YANG SUKA BERTANGGUH KERJA & AKU NAK RAJIN UPDATE BLOG AKU ....hehehehE..

Sunday, July 5, 2009

Aku, MTB & Blog

Agak lama masa aku ambil untuk mengupdate blog aku, kalau nak claim kata sibuk, org lain pun mcm aku jugak..! dikurniakan 24jam sehari semalam, tapi dapat melangsaikan segara urusan timely..Aku..? Yang ni aku kena akui...penyakit keturunan agaknya..suka menangguh.Dari segala hal dalam pengurusan masa aku mmg failed.! Tabiat suka menangguh ni byk mendatangkan pelbagai kesukaran dlm kehidupan aku, walaupun menyedari akan hakikatnya tapi...! Mungkin dah sebati dlm batang tubuh aku agaknya. Bil electrik tertangguh sehingga 4 bulan, nyaris2 dipotong bekalan.Ada member yg tanya, sekarangkan zaman technology,semua blh disettlekan dihujung jari saja..Yes..mmg betul, tapi kalau dah menjadi saka dlm tubuh badan ni, benda sebegitu pon tak blh nak diuruskan.! Full stop.!
Bertitik tolak dari hari ini, aku akan lakukan anjakan pradigma, berubah untuk kebaikan. Resolusi aku utk 2010 - nak buat saka bertangguh ni dari batang tubuh aku ..! Berjaya ker tak...kita tunggu dan lihat.!



Itu satu hal, satu lagi bab MTB and Blog memBlog ni...aku ceburi dunia MTB ni bila terikut2 dgn memba2 taman aku...konon2 nak beriadah dan exercise ler...selepas seorg demi seorg kwn2 taman aku pakat dok beli, one day tu aku pon pi la angkat sebijik kat kedai Din, rega pon tak ler mahai sgt, dlm RM1400 jer kut, dari beriadah terus setup satu team kat tmn aku ni, dah berteam tu tentu la nak update activities maka aku terjerumus pulak dlm dunia blogger ni. Pantang pi kayuh macam tak dan2 nak update, alih2 selepas satu momentum besaq berlaku dlm team kami, aku dan gang2 yg kononnya "Mat Kacau" digugurkan dgn cara yg sgt tidak profesional...sebagai manusia aku amat terluka berada dlm situasi tersebut, tapi apa blh buat..kalau dah nama meLAYU ni...mmg dah genetic mcm tumalaih aih aku nak ingat2 lagi benda2 lepas yg menyakitkan..! Bertitik tolak dati situ aku setup team baru, kali ni dgn bdk2 sama tempat kerja...mungkin sbb antara kami dah saling kenal mengenali utk tempoh masa yg agak lama maka keserasian wujud, masing2 dah sedia maklum dgn peel dan perangai masing2, maka mudah utk kami utk bersama berkayuh, walaupun aku yg paling malas berkayuh tapi mcm biasa laa bab2 nak riuh rendah ni mmg portfolio aku ler...pastu rakan provokasi aku si Bob pon join sekali utk meriuhkan MTB dan tumpang jadi moderator utk blog kayuh kami, maka makin meriah ler activity depa dan blog kami..hehehe (http://www.gerek-kulim.blogspot.com/)

Friday, June 19, 2009

Friday, January 30, 2009

Kenangan Yang Menyesakkan - Suatu ketika di bumi Uncle SAM

Tuesday, June 6, 2006 2:54 PM
Assalamualaikum wbt,

i- Waktu aku kecik2 dulu kat kampung aku selalu ada wayang pacak,fun fair, wayang cina,wayang kulit dan joget lambak. Dalam semua2 shows kat atas yg paling menarik perhatian aku adalah fun fair. Walaupun aku ni phobia dgn benda2 yg pusin dan tinggi ni tapi aku tetap menunggu fun fair yg biasanya akan diadakan selepas musim menuai padi.Dui pusin, keretapi, ceduk anak itik dlm kolam,tauk gelang, cawan pusin, kuda royal (bukan royal albert ! ) adalah antara keseronokan fun fair dizaman aku dulu.

ii- Masih aku ingat lagi bila setiap kali nak election/tahun baru/merdeka ,Jabatan Penerangan aku masuk kampung aku buat wayang pacak. 2, 3 hari sebelum show van Jabatan Penerangan aku pusin satu kampung aku buat announcement tentang show yg akan ditayangkan.Biasanya cherita2 P.Ramlee atau pun Jin Shamsudin yg penuh dengan segala macam jenis ESOK tu menjadi tontonan kami sekampung. Cuma berbekalkan sekeping surat khabar untuk dijadikan alas duduk,bunyi bising generator dan hiruk piruk aku dan kawan2 aku berlari kesana sini bukan halangan kepada seisi kampung untuk berhibur sambil memakan kacang rebus dan jagung bakar.

iii- Cuti sekolah adalah time aku dgn kawan2 aku untuk meneroka alam dan manusia. Routine harian kami adalah mandi sungai, tangkap ikan (dari ikan karin sampai la ke ikan sepat benua,haruan dan keli). Sungai,paya, parit adalah umpama swimming pool bagi kami. Terjun tiruk dan kuak lentang antara skill yang aku gilap sejak zaman kanak2 aku lagi.
TAPI, itu semua cherita aku masa kecik2 dulu. Tak semua orang dapat menjalani kehidupan kampung yang macam aku ni. Aku pernah pasang angan2 dan bercita-cita masa aku kecik2 dulu nak jejak kaki aku ke obersee. Melalui cakap2 kawan aku yg pernah menonton television time tu aku amat teruja bila depa kata kat obersee ada "Fun Fair" yg jenis Macam-Macam Ada.!, ada Studio untuk buat filem2 hebat yang tentunya lebih hebat dari cherita2 wayang pacak yang pernah aku tonton dulu dan kata kawan2 aku jugak kat obersee ada kolam besaq yang ada pelbagai jenis ikan samada ikan dari sungai, laut dan macam2 lagi hidupan laut yang tak pernah aku tengok. Aku amat TERUJA sekali, naluri aku meronta2 untuk melihat kesemua benda2 tersebut, tapi aku sedar budak kampung macam aku ni, sejauh mana yang aku boleh pergi, nak ke Pekan Alor Setaq pon setahun sekali, tu pon mak bawa masa nak pi beli baju raya.!
Tapi tu dulu, cherita 30 tahun yang lalu,lani sapa sangka anak Jerlun yg cuma tahu fun fair, wayang pacak dan mandi sungai ni dah pon berada di obersee. Syukur alhamdulilallah, mainan perasaan aku masa kanak2 dulu dah menjadi REALITI.

Kesimpulan dari klausa2 cerita aku diatas adalah betapa KEMARUKnya aku nak pi ke Disneyland, Universal Studio dan Seaworld. Mungkin angan-angan mat jenin aku bisa direalisasikan.!